Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lin Dan gagal buru gelaran juara dunia ke-6 apabila tewas kepada Viktor Axelsen - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lin Dan gagal buru gelaran juara dunia ke-6 apabila tewas kepada Viktor Axelsen

Pemain Denmark, Viktor Axelsen memenuhi impiannya apabila menumbangkan pemain legenda, Lin Dan dalam dua set untuk merangkul kejuaraan perseorangan lelaki di Kejohanan Badminton Dunia di Glasgow.

Pada usia 33 tahun, Lin Dan memburu gelaran keenamnya tetapi hajatnya disekat dalam kekalahan 22-20, 21-16 di tangan Axelsen yang 10 tahun lebih muda.

Axelsen adalah pemain Denmark ketiga merangkul kejuaraan perseorangan lelaki selepas Flemming Delfs (1977) dan Peter Rasmussen 20 tahun lalu, juga di Glasgow.

“Ia adalah impian saya untuk berada di final kejohanan dunia,” kata Axelsen, pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia 2014 dan Olimpik 2016.

“Tetapi sukar dipercayai dapat menewaskan Lin Dan. Sudah beberapa tahun saya menyaksikan dia bermain. Hari ini, saya mungkin tampak yakin, tetapi di dalam saya menggeletar seperti anak kecil.”

Bagi Lin Dan pula, ia adalah kekalahan yang cukup sukar diterimanya. “Jika saya menang set pertama, keputusannya mungkin berbeza,” kata jaguh dari China itu. “Tetapi di set kedua, tekanan tertumpu kepada saya.”

Dalam final perseorangan wanita, Nozomi Okuhara muncul pemain Jepun pertama menjuarai kategori itu dengan kemenangan 21-19, 20-22, 22-20 ke atas Pusarla V Sindhu dari India. – AFP

 

Sumber: BH Online



Sumber Lin Dan gagal buru gelaran juara dunia ke-6 apabila tewas kepada Viktor Axelsen

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vp0iZR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.