Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sentimen Semasa Pergerakan Pasaran Forex, EUR/USD Menembusi 1.2000 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sentimen Semasa Pergerakan Pasaran Forex, EUR/USD Menembusi 1.2000

Matawang Euro berjaya menembusi paras 1.2000 berbanding US dolar pada Selasa selepas meneruskan kenaikan di mana US dolar jatuh ke paras terendah dua setengah tahun yang lalu berbanding enam matawang utama yang lain.

EURUSD menembusi paras 1.2000 pukul 2 petang Selasa dan berjaya mencapai paras tertinggi hari ini di 1.2069 sebelum membuat sedikit pullback selepas itu. Kini pasangan matawang ini berada di sekitar 1.2032 setakat pukul 7 malam.

Pasaran sebelum ini berharap ECB akan mengumumkan perancangan terbaru program pembelian aset dalam mesyuarat bulan depan di mana bank pusat mengumumkan sebelum ini akan membincangkan perkara ini pada musim luruh. Di samping jangkaan terhadap ‘tapering’ oleh ECB, matawang euro mengukuh sejak awal tahun ini disokong oleh data-data ekonomi yang semakin baik, di tambah lagi dengan risiko-risiko politik dan ekonomi yang dihadapi Amerika Syarikat.

Matawang tunggal (euro) ini semakin kuat apabila Presiden Draghi langsung tidak menyentuh tentang kebimbangan terhadap pengukuhan euro walaupun menekankan rangsangan monetari yang besar masih diperlukan.

Matawang Euro juga mencapai paras tertinggi lapan tahun lalu berbanding matawang GBP, di mana EUR/GBP naik 0.38% kepada 0.9297 yang terbanyak sejak Oktober 2009.

Matawang Euro setakat ini telah naik 9% berbanding Sterling tahun ini, berikutan perbezaan terhadap jangkaan ekonomi antara Zon-Eropah dan Britain.

US dolar jatuh ke paras terendah empat bulan lalu berbanding matawang safe-haven Yen selepas Korea Utara melancarkan peluru berpandu merentas Jepun.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang utama yang lain jatuh 0.49% setakat pukul 7.14 malam kepada 91.72 yang merupakan paras terendah sejak Januari 2015.

The post Sentimen Semasa Pergerakan Pasaran Forex, EUR/USD Menembusi 1.2000 appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xJtqaV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.