Hi! Welcome Back and Stay Tune! Adakah Huawei Akan Memperkenalkan Peranti Dibawah Siri Nova Dengan Empat Kamera? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Adakah Huawei Akan Memperkenalkan Peranti Dibawah Siri Nova Dengan Empat Kamera?

Huawei Malaysia hari ini telah menghantar sebuah gambar acah untuk peranti akan datang mereka dibawah siri keluarga Nova. Apa yang menariknya pada gambar acah yang dihantar adalah penggunaan #OOOO bersama dengannya – sekaligus memberikan petanda yang ia mungkin menyertakan sehingga 4 kamera bersama dengannya.

Buat masa ini, terdapat beberapa peranti yang sedia menawarkan empat kamera pada telefon pintar – dua dihadapan dan dua dibelakang. Ia tidak diketahui lagi bagaimanakah Huawei akan mengimplementasikannya sekiranya benar mereka menyertakan empat kamera pada telefon pintar ini.

Huawei Nova OOOO

Sebelum ini, Huawei menggunakan tagar #OO untuk pengenalan dwi-kamera pada siri-P dan Mate. Penggunaan tagar #OOOO sekaligus memberikan petanda yang ia mungkin menyertakan sehingga 4 kamera padanya.

Ia tidak diketahui lagi apakah nama peranti ini, dan adakah ia akan menyertakan empat kamera bersama dengannya. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan info lanjut mengenai telefon pintar baru daripada Huawei ini tidak lama lagi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wgCHtQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.