Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Semangat Kemerdekaan Dalam Kreativiti Dalam Masakan-Roti Jala Berwarna Mengikut Jalur Gemilang Dan Disusun Seperti Bendera Malaysia.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Semangat Kemerdekaan Dalam Kreativiti Dalam Masakan-Roti Jala Berwarna Mengikut Jalur Gemilang Dan Disusun Seperti Bendera Malaysia..


SEJAK dua menjak ini, sering kita tengok di media sosial ramai yang melahirkan rasa cinta kepada negara memandangkan tidak lama lagi Malaysia bakal menyambut hari kemerdekaannya yang ke-60 tahun.


Tidak kurang hebat juga sokongan yang diberikan daripada pengusaha-pengusaha kedai makan. Baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi kreativitinya dengan menghasilkan roti jala berwarna mengikut Jalur Gemilang dan disusun seperti bendera Malaysia itu.


Nurul Huda Harun telah memuatnaik posting tersebut ke sebuah group di laman Facebook. Posting tersebut berjaya mencuri perhatian ramai dengan keunikan warna roti jala itu yang lain dari kebiasaannya dan telah mendapat lebih daripada 14 ribu like.

“Semangat kemerdekaan, menu roti jala. Kreativiti dalam masakan. Ok tak sis buat?” tulisnya di ruangan status Facebook berkenaan.


Posting itu telah mendapat banyak pujian daripada netizen dengan semangat dan keunikan yang ditunjukkan.

Bukan hanya roti jala saja disusun seakan-akan Jalur Gemilang, terdahulu Mohd Najmuddin Md Noor telah menghasilkan ‘roti canai Jalur Gemilang’ dan dihidangkan secara percuma kepada 500 pengunjung yang hadir ke restorannya.


“Idea ini tercetus untuk menyemarakkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan negara selain menghargai pelanggan yang selama ini menyokong perniagaan saya,”katanya dipetik laporan myMetro.

Lelaki yang berusia 30 tahun ini turut melakukan hebahan di laman Facebook tentang roti canai percuma itu sebagai menghargai pelanggan-pelanggannya yang setia datang ke restorannya itu.

“Saya turut membuat hebahan di Facebook semalam dan tak sangka ramai yang datang untuk menikmati hidangan percuma ini,” ujarnya.


Menurut pemilik Restoran Didie Roti Canai ini lagi, sebanyak 30 kilogram tepung gandum berkualiti digunakan untuk menghasilkan doh yang memakan masa tiga jam untuk disiapkan.

“Selain makan roti canai, tetamu juga dihidangkan minuman panas dan sejuk secara percuma dan saya amat teruja dengan sambutan yang diterima,” tambahnya lagi.

Najmuddin yang pertama kali menghasilkan doh roti canai dengan empat warna Jalur Gemilang itu berhasrat untuk meneruskan aktiviti tersebut pada masa akan datang.

Kredit: Mynewshub


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xiYtua

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.