Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gempar!!!...Rupanya Joy Revfa Masih Berstatus Isteri Orang Sewaktu Berkahwin Dengan Hafiz Hamidun. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gempar!!!...Rupanya Joy Revfa Masih Berstatus Isteri Orang Sewaktu Berkahwin Dengan Hafiz Hamidun.

Pasti ramai keliru dengan isu sebenar yang melanda perkahwinan Hafiz Hamidun dan isterinya Siti Arifah Amin atau Joy Revfa. Bagaimanapun portal My News Nation Malaysia mempunyai satu laporan eksklusif mengenai dokumen perceraian perkahwinan Joy Revfa dengan suami sebelum ini.


Menurut mereka, berdasarkan satu dokumen mahkamah, status Siti Arifah sebagai isteri orang masih lagi sah ketika dia melangsungkan pernikahan dengan penyanyi, Hafiz Hamidun pada 1 Mei lalu. Dan dokumen yang sama mengesahkan perceraian antara Joy dan bekas suaminya hanya berlaku pada 13 Julai 2017.

Ini bermakna hanya selepas kira-kira dua bulan selepas pernikahan antaranya dan Hafiz, suami terdahulu Siti Arifah menceraikannya dengan talak satu.

Siti Arifah dikatakan telah hadir sendiri ke Pejabat Agama Islam Daerah Petaling pada 8 Ogos lalu dan mengemukakan Surat Akuan Cerai Taklik dari Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand. Menurut sumber:
Surat itu mengesahkan bahawa telah tertaklak Siti Arifah, 30 dengan Mohd Rayos, 46, dengan satu talak pada tarikh 13 Julai 2017.
Menurut sumber-sumber itu lagi, Siti Arifah hanya membuat aduan taklik kepada Pejabat Agama Islam Wilayah Songkhla penghujung Mei iaitu hampir sebulan selepas bernikah dengan Hafiz.

Lantaran dari keraguan terhadap status pernikahan mereka, Hafiz dikatakan bertindak mengasingkan diri dari Siti Arifah sejak pernikahan pada 1 Mei lalu bagi mengelak sebarang kesulitan.


Pejabat Agama Wilayah Songkhla kemudian mengeluarkan satu surat mengenai aduan taklik Siti Arifah terhadap Mohd Rayos bertarikh 1 Jun 2017 bagi mengadakan sesi pertemuan sebulan kemudian iaitu pada 6 Julai 2017.

Melalui temuramah ‘live’ Berita Harian, Siti Arifah sendiri mengakui perceraiannya tidak didaftarkan di Malaysia. Pengakuan itu boleh ditonton dalam video di bawah:

Bagaimanapun, Siti Arifah tidak mendedahkan bahawa perceraiannya turut tidak didaftarkan atau dimaklumkan kepada Pejabat Agama Wilayah Songkla di mana dia dan suaminya, Mohd Rayos (Datuk Ray Imran) bernikah sebelum ini.

Hanya selepas menerima surat pengesahan dan lafaz talak satu dari Mohd Rayos bertarikh 13 Julai 2017, Siti Arifah dikatakan datang ke Pejabat Agama Islam Daerah Petaling bagi mengemukakan Surat Keterangan Mengadu Taklik dan Surat Akuan Cerai Taklik dikeluarkan Pejabat Agama Wilayah Songkhla pada 8 Ogos lalu. Sumber-sumber menambah:
Tidak timbul soal sama ada Hafiz mengetahui atau sebaliknya kerana Siti Arifah sepatutnya mengemukakan sijil perceraian yang sah sebagaimana diminta namun gagal sehingga 8 Ogos lalu.
Sumber-sumber itu turut berkata, Siti Arifah turut mendakwa kononnya surat cerai adalah dalam proses dikeluarkan sebelum pernikahan dengan Hafiz dijalankan. Sebagaimana dokumen diperolehi My Nation News Malaysia, Siti Arifah hanya membuat permohonan untuk bercerai dengan suami terdahulu secara taklik pada penghujung Mei iaitu hampir sebulan selepas bernikah dengan Hafiz.


Menariknya, peguam mewakili Siti Arifah melalui video ‘live’ Facebook Berita Harian, kenyataan Muhammad Nur Hafiz Roslan (minit 3.19) menyebelahi Hafiz apabila menyatakan hanya hakim syarie sahaja yang layak membubarkan sesuatu perkahwinan.

Ia sekaligus menyokong fakta bahawa adalah satu kesalahan bagi Siti Arifah untuk tidak mendaftarkan perceraiannya dengan suami terdahulu dan bukan sekadar bermain persepsi di laman sosial.

My Nation News Malaysia mendakwa turut difahamkan ketika membuat permohonan untuk bernikah dengan Hafiz, Siti Arifah telah menandakan ruang ‘tidak pernah berkahwin’ sebagai status dirinya.

Usaha mereka untuk mendapatkan komen Siti Arifah semalam di laman Instagram wanita itu gagal selepas komen mereka dipadam.



✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vgO9Bc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.