Hi! Welcome Back and Stay Tune! Idris Cadang Felda Model Transformasi Sektor Pertanian Sarawak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Idris Cadang Felda Model Transformasi Sektor Pertanian Sarawak



Kuching : Sarawak perlu memanfaatkan kawasan tanahnya yang luas terutamanya di sepanjang Lebuhraya Pan Borneo dalam usaha mentransformasi sektor pertanian negeri ini, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan Datuk Seri Idris Jala.

Idris berkata Sarawak perlu melibatkan diri dalam perladangan berskala besar dan beliau mencadangkan agar negeri ini mengguna pakai model Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi projek pembangunan tanahnya.

"Felda selaku sebuah model agraria sememangnya amat berjaya dan tidak dinafikan, agensi ini berjaya meningkatkan kehidupan banyak petani miskin dari kawasan mundur selama bertahun-tahun," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada persidangan antarabangsa mengenai Pertanian dan Industri Asas Tani Sarawak 2017 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini hari ini.

Beliau berkata Sarawak perlu bergerak daripada pertanian sara diri kecil-kecilan kepada perladangan berskala lebih besar, dan menambah bahawa, menerusi perladangan kontrak, petani akan terus memiliki tanah dan memperoleh hasil paling lumayan daripada tanah yang diusahakan dengan pengurusan yang lebih baik.

Ditanya tentang pelan transformasi kerajaan Sarawak bagi sektor pertaniannya, Idris berkata Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg telah pun menyatakan wawasan beliau dengan jelas.

Ia merupakan suatu pelan yang hebat dan beliau akan mengemukakan cadangan daripada persidangan itu kepada Kabinet negeri.

Dalam ucaptamanya sebelum itu, Idris berkata terdapat keperluan untuk mencari cara baharu bagi melibatkan penyertaan sektor swasta untuk pengkormersialan dan penggunaan teknologi terkini.

Beliau turut menegaskan kepentingan mengadakan makmal bagi program transformasi dan melibatkan semua agensi yang berkaitan dalam sektor pertanian di samping sektor swasta.

Abang Johari merasmikan persidangan itu yang dihadiri 2,000 peserta.

-- BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vXbudi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.