Tun M, Daim Perlu Dipertanggungjawabkan – Abdul Murad
(Malaysia Gazette) – Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi kes kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) akibat kegiatan perdagangan wang asing sekitar 1990-an diberitahu, dua pihak harus dipertanggungjawabkan atas kegagalan kegiatan itu.
Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid ketika memberi keterangan memberitahu, mereka ialah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada masa itu.
Menurutnya, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin adalah antara dua pemimpin kanan kerajaan Persekutuan pada masa itu yang bertanggungjawab atas kerugian BNM akibat perdagangan mata wang lebih 25 tahun lalu.
Beliau yang dipanggil memberi keterangan pada prosiding RCI itu berada di Istana Kehakiman sejak jam 9 pagi lagi.
Di bawah pemerintahan Mahathir, BNM kerugian kira-kira AS$10 bilion akibat kegagalan kegiatan perdagangan mata wang asing
Katanya, skandal itu secara tidak langsung memalukan kerajaan Malaysia pada mata dunia akibat kegagalan mengurus dan mengawalnya.
Sebelum itu, dua saksi iaitu bekas Pengurus Jabatan Akaun BNM, Abdul Aziz Abdul Manaf dan bekas Juru Audit Dalaman BNM, Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin turut dipanggil memberi keterangan masing-masing.
Abdul Aziz memberi laporan dalaman berkaitan kerugian BNM dalam transaksi mata wang asing, manakala Ahmad Hizzad berkaitan kerugian audit.
Kes itu dilaporkan berlaku pada 1988, 1992 dan 1994.
Prosiding itu didengari oleh Pengerusi Panel RCI, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v6Hw5v
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment