Hi! Welcome Back and Stay Tune! Menara 92 Tingkat TRX Sudah Naik, Tiga Pangkalan Udara Siap Naik Taraf. Siapa Kata 1MDB Tiada Duit? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Menara 92 Tingkat TRX Sudah Naik, Tiga Pangkalan Udara Siap Naik Taraf. Siapa Kata 1MDB Tiada Duit?





Dari jarak jauh, struktur binaan Menara Signature yang akan mencabar ketinggian Menara Berkembar Petronas (KLCC) dengan ketinggian 92 tingkat sudah kelihatan terbina di Tun Razak Exchange (TRX), bersebelahan Jalan Tun Razak.



Berkongsi perjalanan pembangunan TRX di laman Facebooknya, Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BNSC) Datuk Eric See-To menunjukkan skala pembangunan tapak tanah TRX luas berbanding kawasan sekitarnya.



"Dengan membandingkan saiznya dengan kawasan sekeliling anda akan sedar betapa besarnya projek ini.



"Menara Signature setinggi 92 tingkat dijangka lebih tinggi berbanding KLCC dan nampaknya projek ini dijangka boleh disiapkan pada tarikh ditetapkan pada 2018.



"Masih ramai yang salah anggap bahawa TRX masih projek 1MDB tiada perkembangan "terbengkalai" sepertimana mereka percaya akan propaganda bahawa 1MDB tidak membina apa-apa," ujarnya.



1MDB dengan modal RM1 juta diberikan kerajaan persekutuan melakukan pelaburan terhadap teknologi kuasa disamping diberikan kebenaran untuk membangunkan dua tanah di ibu kota Kuala Lumpur.



Tapak berkenaan adalah tanah TRX serta tanah Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Sungai Besi yang akan ditransformasikan sebagai Bandar Malaysia.



Menerusi perjanjian mengambil tanah Pangkalan Udara (PU) TUDM Sungai Besi, 1MDB menerusi pemajunya, TRX City Sdn Bhd juga ditugaskan untuk menaiktaraf lapan PU TUDM.



Tiga daripada lapan PU; PU Gong Kedak (Terengganu), PU Butterworth (Pulau Pinang) dan PU Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ipoh telahpun siap dinaiktaraf.



Kata Eric, sebuah lagi PU TUDM, PU Sendayan yang bakal menjadi pangkalan tentera terbesar dengan keluasan 303.5 hektar di Negeri Sembilan kini sudah 70% siap.


https://youtu.be/wPcFNEUYTC8

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v6Pw6k

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.