Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penunggang Motosikal Sering Melakukan 10 Kesilapan Besar Ini Tanpa Disedari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penunggang Motosikal Sering Melakukan 10 Kesilapan Besar Ini Tanpa Disedari

10 Silap Besar Penunggang Motosikal yang Kerap Dilakukan

KITA sedia maklum bahawa penunggang motosikal mencatatkan jumlah kematian maut tertinggi akibat kemalangan di Malaysia. Tanpa menafikan punca kemalangan juga berpunca disebabkan kecuaian pengguna jalan raya lain.
Bagaimana mahu menjaga diri sebagai penunggang motosikal? iaitu dengan mengelak 10 silap besar penunggang motosikal yang kerap dilakukan:


1. TIDAK PAKAI TOPI KELEDAR
Kesalahan ini bolehlah dianggap sebagai dosa besar bagi seseorang penunggang motosikal. Masih ramai memandang remeh perkara ini dan mengabaikan pemakaian topi keledar, terutama apabila menunggang sekitar kawasan rumah sendiri. Tahukah anda, kemalangan di kawasan rumah sendiri juga termasuk dalam senarai lokasi bahaya yang kerap berlaku perlanggaran.

2. PAKAI TOPI KELEDAR, TAPI TIDAK IKAT BETUL
Sekali pandang, nampak seperti berhati-hati, tetapi anda sebenarnya langsung tidak pedulikan hal keselamatan diri.Topi keledar yang tidak diikat dengan betul langsung tidak memberikan perlindungan apa-apa. Situasinya sama saja seperti anda terjatuh sungai dengan memakai jaket keselamatan yang tidak diikat.

3. LANGGAR LAMPU ISYARAT
Berapa lama sangatkah lampu merah menyala? 5 minit? 10 minit? Atau setengah jam? Ya, tidak sampai pun empat minit! Apakah kerana perlu menunggu selama empat minit, maka anda akan terlambat sejam? Sudah tentu tidak. Anda lambat kerana memang anda sudah terlambat. Menyalahkan lampu isyarat cuma alasan!

4. LAMPU ROSAK TIDAK BERGANTI
Kerosakan ini bukan saja membabitkan lampu depan, tetapi juga lampu belakang, lampu brek dan lampu signal (depan dan belakang). Hairan, kenapa masih ramai orang yang berani menunggang motosikal tanpa lampu yang berfungsi baik?

Wahai penunggang motosikal, lampu ialah nyawa anda ketika menunggang, terutama malam. Anda mungkin ada penglihatan setajam helang yang tidak memerlukan bantuan lampu motosikal, tetapi pengguna jalan raya lain tidak mempunyai kuasa seperti anda. Mereka belum tentu perasan kelibat anda. Mereka tidak tahu anda di hadapan, atau sedang membrek, atau mahu membelok. Kenapa bahayakan diri?

5. TIDAK BERI SIGNAL BELOK
Mungkin kerana kecil, anda rasa tidak perlu memberikan apa-apa isyarat untuk membelok. Anda anggap motosikal anda cukup pantas menyelit dan membelok. Tetapi orang di belakang atau hadapan tidak dapat meneka gerak hati anda yang mahu membelok simpang. Kecuaian anda hanya meletakkan diri di ambang maut.


6. MEMOTONG KIRI
Setiap kali memotong kiri, peluang anda hidup ialah 50:50 walaupun anda merasakan situasi ketika itu sangat selamat untuk memotong. Kenapa? Secara normal, pemandu kenderaan besar seperti kereta atau lori akan cenderung membelok ke kiri jalan apabila berlaku situasi mencemaskan seperti kemalangan atau kerosakan.

7. MEMOTONG DI SIMPANG JALAN
Tidak perlu dijelaskan lagi. Simpang jalan bukanlah lokasi terbaik untuk memotong dan sila perlahankan motosikal anda mengikut had laju ditetapkan. Menunggang atas jalan raya utama bukanlah alasan untuk anda memotong di simpang jalan (lihat gambar rajah di atas). Buktinya, ada banyak kes penunggang motosikal dirempuh kenderaan lain yang mahu keluar atau masuk simpan. Sabarlah sebentar, anda bukannya sedang berlumba MotoGP.

8. MEMAKAI BAJU GELAP KETIKA MALAM
Anda mungkin seorang rock star dan sukakan kegelapan. Tetapi menunggang motosikal dengan pakaian gelap atau hitam bukanlah idea yang baik. Tambahan lagi ketika malam. Tukarkan kepada warna selain gelap dan hitam seperti putih, kuning, merah dan lain-lain. Kalau tetap berdegil mahu memakai baju hitam, sila pastikan jaket atau baju hujan anda berwarna kontra atau cerah.

Bagaimana pula kalau masih mahukan jaket dan baju hujan hitam? Boleh, tetapi belilah jaket yang ada strip pemantul cahaja atau reflektor. Jangan sekadar berjaket kosong saja. Ingat keselamatan diri!

9. ABAI KESELAMATAN PEMBONCENG
Anda mungkin biasa melihat situasi penunggang motosikal memakai pakaian keselamatan lengkap, tetapi pembonceng pula memilih beraksi koboi tanpa cuba melindungi diri. Lebih menyedihkan, sesetengah pembonceng ialah kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa mengenai keselamatan jalan raya. Si bapa bertopi keledar mahal, kepala si anak pula dibiarkan bogel begitu saja.

10. TANGGUH TUKAR TAYAR
Selain lampu, menukar tayar adalah termasuk hal penyenggaraan paling penting yang perlu dititik beratkan. Motosikal anda bergerak kerana tayar, dan kerana tayar jugalah motosikal anda berhenti apabila kecemasan. Tolong tukar segera tayar apabila bunga sudah haus, atau setiap tiga tahun sekali.

Supaya tidak rasa terbeban apabila perlu menukar tayar, apa kata anda buat satu tabung khas untuk melakukan penukaran tersebut. Pilih tayar yang baik dan sesuai untuk kegunaan anda. Anda bukan pergi berlumba atas trek, tetapi berulang-alik ke pejabat setiap hari. Anda juga bukan selalu perlu mengasah lutut setiap kali masuk atau keluar simpang. Tolong rasional!



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fYG6XT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.