PAS S’gor Gesa Tubuh RCI Siasat Peristiwa Memali
SHAH ALAM – PAS Selangor menggesa kerajaan Persekutuan supaya segera menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat kembali peristiwa Memali serta pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian tersebut.
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi berkata penubuhan suruhanjaya itu juga perlu bagi menjelaskan kepada rakyat apa yang sebenarnya berlaku dalam peristiwa berkenaan.
“Peristiwa Memali ini berlaku semasa era pemerintahan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan PAS Selangor berpandangan sudah sampai masanya peristiwa berdarah ini dibongkar untuk mendapatkan gambaran sebenar kenapa, mengapa dan bagaimana peristiwa ini berlaku.
“Kami mengharapkan satu siasatan terperinci bagi mengenal pasti siapakah dalang sebenar di sebalik peristiwa berdarah ini dan mereka yang bertangggungjawab harus ke muka pengadilan untuk diadili dengan sebaiknya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata PAS Selangor turut melahirkan rasa kecewa di atas ‘sikap lepas tangan’ pemimpin tertentu yang dikaitkan dalam peristiwa itu selain beberapa bekas pemimpin PAS yang dilihat mempertahankan pemimpin berkenaan.
Sebelum ini, tercetus kekecohan dalam forum Nothing To Hide 2.0 yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa di sini, apabila peserta forum dilaporkan tidak berpuas hati dengan jawapan Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berhubung peristiwa Memali.
Peristiwa Memali yang berlaku pada 19 Nov 1985 itu, menyaksikan 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarkan operasi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya. – BERNAMA

lowfullscreen”>
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wqfLcl
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment