Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kapal berlanggar: Operasi cari kru USS John S McCain dihentikan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kapal berlanggar: Operasi cari kru USS John S McCain dihentikan

KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) 10 orang kru kapal pemusnah Amerika Syarikat, USS John S McCain, yang hilang dalam pelanggaran dengan sebuah kapal dagang dekat sini awal hari ini, dihentikan pada 7.30 malam tadi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan Laksamana Pertama Maritim Datuk Adon Shalan dalam kenyataannya malam ini berkata operasi itu akan disambung semula pada 7 pagi esok.

Operasi SAR hari ini, yang bermula pada 8.45 pagi, dibahagikan kepada empat sektor meliputi keluasan 100 batu nautika persegi di perairan Teluk Ramunia, Johor.

Kapal USS John S McCain itu berlanggar dengan kapal dagang Alnic MC yang didaftarkan di Liberia kira-kira 5.40 pagi menyebabkan lima kru kapalnya cedera manakala 10 orang lagi jatuh ke dalam laut dan hilang.

Susulan kejadian itu, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menghantar empat kapal iaitu Kapal Diraja (KD) Handalan, KD Gempita, KD Lekiu, CB90 dan sebuah helikopter Super Lynx untuk membantu kapal-kapal APMM dalam operasi SAR.

Operasi itu turut melibatkan sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selain aset-aset APMM termasuk kapal KM Mulia dan dua bot iaitu Petir 12 dan Penggalang 39 daripada Wilayah Maritim Selatan.

Bagi pihak Singapura pula, operasi SAR diketuai oleh Pihak Berkuasa Maritim dan Pelaburan Singapura (MPA) sambil dibantu agensi-agensi berkaitan.

--BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xktYDN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.