Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kukuh Kerjasama Demi Kepentingan Graduan KV - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kukuh Kerjasama Demi Kepentingan Graduan KV

NILAI – Kementerian Pendidikan akan terus memperkukuhkan jaringan kerjasama dengan pihak industri dalam memastikan graduan kolej vokasional (KV) lebih berdaya saing dan memenuhi permintaan dalam pasaran kerja.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kerjasama yang terjalin antara sektor awam dan swasta berjaya meningkatkan kualiti pendidikan vokasional terutama dari aspek pengiktirafan oleh pihak industri.

“Ekonomi Malaysia berhadapan dengan kesukaran sekiranya negara dan industri tidak membuat persediaan awal.

“Dalam situasi ini, kita telah pun mengambil tindakan proaktif melalui Memorandum Persefahaman (MoU) antara industri kerajaan dan swasta untuk pelaksanaan Latihan Sambil Kerja (OJT), yang membolehkan pelajar menjalani latihan industri selama empat bulan selepas empat tahun menimba pelbagai ilmu dan kemahiran di KV,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia kali ke-2 di sini hari ini.

Mahdzir berkata kerjasama dengan pihak industri perlu diteruskan memandangkan pada tahun hadapan hampir 16,000 pelajar KV akan menjalani OJT.

Mengulas pencapaian graduan KV, beliau berkata 90.58 peratus daripada 2,273 graduan kohot pertama (2016) telah mendapat pekerjaan mengikut bidang manakala 55.49 peratus daripada 12,997 pelajar kohot kedua (2017) telah ditawarkan pekerjaan sebelum tamat pengajian.

Setakat ini, 550 syarikat telah bersetuju menjalinkan kerjasama dengan kementerian untuk menawarkan peluang pekerjaan kepada graduan KV.

Sementara itu, katanya, seramai 12,997 graduan daripada 36 program telah berjaya menamatkan pengajian di 72 KV di seluruh negara.

Pelajar dari KV Beaufort, Sabah, Jelisha Johny Jerome, 20, dipilih untuk menerima Anugerah Emas Menteri Pendidikan, kerana mendapat keputusan cemerlang Purata Nilai Gred Kumulatif 3.94. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fY0Wqq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.