Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tragedi Buah Mata Kucing - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tragedi Buah Mata Kucing


KANAK-KANAK perempuan maut selepas tercekik biji buah mata kucing di rumahnya di Kuarters Klinik Cure & Care Kandis di Bachok, malam tadi.

Dalam kejadian 7 malam itu, Nor Aina Fariha Mohd Fadzil, 7, meninggal dunia dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Bachok.

Bapa mangsa, Mohd Fadzil Mohamad, 36, berkata, sebelum kejadian dia bersama isteri, Siti Rugayah Ismail, 38, dan tiga anaknya sedang makan buah itu yang dibelinya di tepi jalan.

Katanya, bagaimanapun ketika dia sedang bersiap untuk solat Maghrib, anak kedua daripada tiga beradik itu itu meminta untuk makan buah berkenaan.

"Saya beritahunya dia sudah makan banyak, namun dia tetap meminta untuk makan sebiji lagi sebelum saya memberinya makan.

"Tidak lama kemudian Aina datang dengan suara tersekat-sekat memberitahu dia tercekik biji buah berkenaan. Saya cuba pelbagai cara untuk keluarkan biji buah namun tak berjaya sebelum bergegas ke Klinik Kesihatan Bachok.

"Dalam perjalanan, saya melihat keadaan anak semakin lemah dan apabila tiba, doktor mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia," katanya di Tanah Perkuburan Islam Tok Jawa, Teratak Pulai, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

Katanya, punca kematian disahkan doktor akibat tercekik.

Sumber: Harian Metro


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2woPsDg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.