Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ekonomi Malaysia Dalam Aliran Meningkat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ekonomi Malaysia Dalam Aliran Meningkat



PUTRAJAYA – Ekonomi Malaysia dalam aliran meningkat, dengan pelaburan bernilai tinggi memasuki negara pada suku ketiga tahun ini, kata Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Dr Mohd Uzir Mahidin.

“Momentum itu biasanya mengambil masa untuk mengubah arah. Sekarang ia dalam trend pengembangan dan penunjuk utama kita juga menunjukkannya,” katanya kepada media selepas menghadiri taklimat Perangkaan Ekonomi Suku Kedua 2017 di sini hari ini.

Mohd Uzir berkata Malaysia masih mempunyai potensi yang baik untuk berkembang kerana perdagangan barangan bernilai RM1.4 trilion setahun.

“Oleh itu, jika kita melihat pada suku ketiga, terdapat pelaburan bernilai tinggi yang datang untuk melabur di Bursa Malaysia dan sektor hartanah,” katanya.

Mengenai tahap pengembangan, beliau berkata, ia bergantung kepada Kementerian Kewangan untuk membuat unjuran.

“Dalam tempoh dua minggu, Jabatan Perangkaan akan mengeluarkan perangkaan penting, iaitu angka eksport bagi Julai untuk melihat sama ada negara boleh mengekalkan pertumbuhan atau tidak,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, jabatan dalam proses untuk mengeluarkan Kajian Suku Tahunan Perkhidmatan secara bulanan yang akan siap dalam tempoh satu hingga dua tahun.

“Kami juga akan berusaha untuk menghasilkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) berdasarkan pendekatan pendapatan sebagaimana yang diamalkan oleh negara-negara membangun tertentu, berbanding dengan KDNK semasa kita yang berasaskan nilai tambah dan perbelanjaan,” katanya.

Beliau berkata untuk menghasilkan KDNK berdasarkan pendekatan pendapatan, jabatan perlu mengetahui perangkaan, termasuk pekerjaan, gaji, keuntungan, dan pecahan nilai tambah komponen.

“Agak sukar untuk memperoleh daripada pengumpulan data biasa dan sangat sukar … jadi kita masih memerlukan masa,” katanya. – BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uYHyjz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.