Hi! Welcome Back and Stay Tune! India Tawar Biasiswa Kepada Pelajar Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

India Tawar Biasiswa Kepada Pelajar Malaysia


KUALA LUMPUR - India menawarkan biasiswa kepada rakyat Malaysia berketurunan India untuk melanjutkan pelajaran pada tahun akademik 2017-2018.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia, pelajar yang ingin mengikuti pengajian dalam bidang profesional dan umum di universiti India dipelawa memohon biasiswa itu.

“Program Biasiswa untuk Anak Diaspora (SPDC) terbuka kepada orang berketurunan India (PIO), orang India bukan penduduk (NRI) dan anak pekerja India di Malaysia,” katanya.

Biasiswa itu terbuka kepada pemohon berusia antara 17 dan 21 tahun, manakala tarikh tutup permohonan ialah 30 Sept.

Pemilihan dibuat berasaskan merit semata-mata dan hanya permohonan yang dikemukakan secara dalam talian melalui portal SPDC portal, spdcindia.gov.in, yang disertakan dokumen ditetapkan, akan dilayan.

Katanya, senarai calon terpilih akan disiarkan dalam portal Kementerian Hal Ehwal Luar (MEA) dan portal Kerajaan India di alamat www.mea.gov.in

Pada tahun pertama, biasiswa itu menyediakan sebahagian daripada bantuan kewangan iaitu 75 peratus Kos Ekonomi Institusi (IEC) atau AS$3,600 hingga AS$4,000 setahun, termasuk yuran tuisyen, yuran asrama dan caj lain, kata kenyataan itu. - Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vr21cr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.