Hi! Welcome Back and Stay Tune! Badminton Jin Wei Enggan Beri Thailand Menang Mudah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Badminton Jin Wei Enggan Beri Thailand Menang Mudah



KUALA LUMPUR – Tidak mudah untuk mempertahankan pingat emas apabila terpaksa mengharungi lima jam yang sengit sebelum Thailand dinobatkan sebagai juara acara badminton bermpasukan wanita di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Thailand yang membariskan pemain terbaik mereka pada edisi KE-29 ini ternyata tidak menerima kemenangan mudah ke atas Malaysia apabila pemain muda, Goh Jin Wei mempamerkan aksi memberangsangkan dalam aksi selama 80 minit, hari ini.

Walaupun Malaysia gagal merebut kilauan emas di halaman sendiri namun kesungguhan pemain termuda dalam skuad negara itu telah menggegarkan Arena Axiata apabila menewaskan pemain nombor 14 dunia, Nitchaon Jindapol 22-20 23-25 22-20.

“Ketika di gelanggang, saya tidak fikir banyak sebab tidak mahu dibebani tekanan. Ternyata saya memang tidak gemuruh namun ada buat banyak kesilapan. Ini kemenangan yang paling bermakna dan tidak mungkin dilupakan saya.

“Saya tidak mahu pasukan Thailand menang mudah kepada Malaysia. Saya tidak terlalu yakin akan kalahkan dia tapi hari ini saya lihat Nitchaon agak tegang dan memang saya sendiri buat banyak persediaan untuk bertemu dia,” katanya.

Selain Jin Wei, skuad berpasukan wanita negara turut menyaksikan pertemuan antara Soniia Cheah yang tewas di tangan Busanan Ongbamrungphan (12-21,10-21), beregu Vivian Hoo-Woon Khe Wei menentang Puttita Supajirakul-Sapsiree Taerattanachai (21-9, 11-21, 18-21) dan Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean menentang Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai (12-21, 21-16,18-21).

Jin Wei sebelum ini mendebarkan kem badminton negara apabila mengalami kecederaan buku lali di separuh akhir Kejohanan Badminton Remaja Asia di Jakarta, tiga minggu lalu sebelum Sukan SEA membuka tirai.

Untuk rekod, Jin Wei yang berada di kedudukan ke-29 dunia pernah mengalahkan Nitchaon Jindapol pada kejohanan Masters Indonesia 2016.

Pemain berusia 17 tahun itu akan beraksi dalam acara perseorangan wanita yang dijadualkan bermula pada 26 Ogos ini. – BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w1fJGp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.