Cakap Refleksologi Tapi Pakai Seksi
Jabatan Imigresen Tawau menahan 21 warga asing termasuk 13 wanita dipercayai menawarkan khidmat seks dalam serbuan di beberapa pusat hiburan dan spa sekitar Tawau, malam tadi.
Operasi bermula 10 malam itu susulan risikan serta maklumat orang awam berikutan ada antara premis terbabit menggaji pekerja asing tanpa dokumen dan permit kerja yang sah.
Ketua Jabatan Imigresen Tawau, Noraini Rasi berkata, pihaknya percaya ada antara premis yang diserbu berselindung di sebalik pusat refleksologi bertujuan mengaburi pihak berkuasa.
"Ketika serbuan, kita dapati mereka bukan saja berpakaian tidak sopan malah tidak menunjukkan ciri-ciri sebagai pekerja pusat urut dan refleksologi selain dicurigai menawarkan perkhidmatan seks," katanya hari ini.
Noraini berkata, pemeriksaan juga mendapati ada antara premis terbabit mempunyai bilik serta laluan rahsia dan ia terbongkar apabila pihaknya berjaya mengesan beberapa pekerja cuba meloloskan diri dengan bersembunyi di bilik berkenaan.
Katanya, pihaknya turut menemui beberapa barangan berkaitan kegiatan seks seperti kondom.
"Semua yang ditahan dibawa ke Pusat Tahan Sementara (PTS) Tawau untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.-myMetro
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wANzDE
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment