Hi! Welcome Back and Stay Tune! Harap semua bertenang - Norza - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Harap semua bertenang - Norza


KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Badminton (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria meminta semua peminat badminton negara bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai masa depan Datuk Lee Chong Wei yang tumpas di pusingan pertama Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland semalam.

Menurutnya, semua orang tahu bahawa Chong Wei adalah legenda badminton dunia dan sudah menyumbangkan banyak kejayaan buat negara.

"Kita menyeru semua agar tidak membuat sebarang spekulasi dan bertenang. Kita akan berbincang dengan Chong Wei untuk perancangan seterusnya dan jangan memberi tekanan kepadanya. Saya juga mendapat khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengakui Chong Wei adalah pemain terbaik negara dan menghormati segala keputusan yang akan dibuatnya," kata Norza.

Jelasnya, beliau ada bercakap dengan Chong Wei kelmarin dan mengakui bahawa BAM serta peminat berduka cita dengan apa yang berlaku terhadap bekas pemain nombor satu dunia itu.

"Sudah tentu Chong Wei lebih berdukacita, kecewa dan sedih. Bagaimanapun, saya cuba menenangkan dia dan berkata itu adalah adat permainan. Dia sudah cuba yang terbaik.

"Saya juga mengharapkan agar dia bertenang dan selepas pulang nanti barulah kita bincang semula mengenai perancangan untuk seterusnya," kata Norza yang hadir menyaksikan perlawanan separuh akhir berpasukan di Arena Axiata.

Beliau juga sempat berinteraksi dengan Ketua Jurulatih Perseorangan Lelaki Negara, Datuk Misbun Sidek yang mengakui bahawa permainan Chong Wei sangat berbeza dan perlahan.

"Saya kata kepadanya kita akan melakukan 'post mortem' apabila mereka pulang nanti," kata Norza.

Chong Wei yang diletakkan selaku pilihan kedua kalah 19-21, 24-22, 17-21 kepada Brice Leverdez dari Perancis, seterusnya menggagalkan impiannya untuk meraih kejuaraan sulung Kejohanan Dunia. - BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wDzd4o

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.