Pembangkang Gemar Selewengkan Fakta
Politik masa kini seakan tiada kawalan bila internet menjadi medium utama menyebar maklumat sahih mahupun auta. Di atas kelebihan tersebut segala gerakan politik lebih menjurus kepada penyebaran maklumat melalui media sosial.
Ini termasuk politik di Malaysia, pihak pembangkang lebih ke hadapan dalam pergerakan penyebaran propaganda politik yang menyeleweng dari fakta sebenar. Dengan cara ini pembangkang mampu menghadam minda rakyat terlebih awal dengan segala bentuk persepsi negatif.
Langkah pembangkang ini begitu berkesan kerana rakyat mudah mempercayai reka cerita yang belum tentu kesahihannya sehingga tidak mempercayai fakta daripada kerajaan.
Bagi pihak kerajaan, apa pun pengumuman tentang dasar yang baik untuk rakyat sudah pasti ada rakyat yang tidak percaya sehingga menganggap ia sebagai momokan politik dan memancing undi.
Untuk memulih minda yang sudah termakan dakyah pembangkang adalah sukar kerana selagi pembangkang menyerang kerajaan dengan penyelewengan fakta, maka sukar untuk pihak kerajaan untuk bertahan dan mendapat kepercayaan daripada golongan memiliki mentaliti pembangkang tehar. - Abdul Halim Jantan
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wDzm8g
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment