Hi! Welcome Back and Stay Tune! Harga Minyak Turun Tiga Hari Berturut-turut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Harga Minyak Turun Tiga Hari Berturut-turut

Harga minyak mentah jatuh tiga hari berturut-turut sehingga hari ini walaupun bekalan minyak US dijangka akan susut kerana para pelabur masih meragui keupayaan OPEC untuk mengurangkan bekalan minyak dunia seperti yang dijanjikan.

Minyak brent yang menjadi ukuran harga pasaran minyak dunia turun 20 sen atau 0.38% kepada $51.94 setong setakat jam 12.35 tengahhari.

Harga minyak West Texas Intermediate (WTI) pula susut 15 sen atau 0.31% kepada $49.02 se tong, selepas jatuh 0.4% semalam.

Berdasarkan laporan Institusi Petroleum Amerika (API) semalam, bekalan minyak di US jatuh lebih daripada jangkaan menyebabkan import menurun dan pengeluaran meningkat. Bekalan susut 7.8 juta tong dalam masa seminggu kepada 478.4 juta tong, berbeza agak jauh dengan jangkaan penganalisis sebanyak 2.7 juta tong. Laporan semalam mengurangkan jangkaan terhadap kenaikan pengeluaran minyak US untuk tahun 2018.

Hari ini, Jabatan Maklumat Tenaga US pula akan mengeluarkan laporan status bekalan minyak mentah pada jam 10.30 malam.

“Harga minyak kekal sekitar $45-$50 untuk WTI, dan sehingga $52 untuk Brent”, kata Bob Takai, presiden Sumitomo Corp Global Researh di Tokyo. “Penggalian minyak semakin perlahan selepas bilangan pelantar berkurangan kerana mereka tidak boleh menghasilkan modal apabila harga minyak kekal di bawah $50”

Pasaran harga minyak turut terkesan berikutan OPEC dan pengeluar-pengeluar utama yang lain mengalami kesukaran untuk mematuhi syarat had pengeluaran minyak yang dijanjikan. Pengeluaran minyak di Libya yang pulih dan meningkat antara satu faktor yang menyukarkan usaha OPEC untuk mengurangkan bekalan, di tambah pula US juga sedang meningkatkan pengeluaran mereka.

Pada nota kajian ANZ Bank di Australia menyatakan, “Hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk musim panas US, para pelabur mula berbahas adakah had pengeluaran oleh OPEC yang ada sekarang akan menyebabkan permintaan minyak berkurangan di Amerika Utara”.

The post Harga Minyak Turun Tiga Hari Berturut-turut appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2unUETh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.