Harga Pengguna (CPI) China Perlahan Pada Julai, PPI Stabil Pada 5.5%
Inflasi harga pengguna merosot pada Julai di China, manakala harga pengeluar meningkat pada kadar stabil seperti yang dikeluarkan pada Rabu.
Harga pengguna (CPI) naik 1.4% dalam tempoh 12 bulan sehingga Julai 2017, kurang daripada jangkaan dan bacaan sebelum ini yang merekod 1.5%.
Dari segi bacaan bulanan harga pengguna naik 0.1%. Bacaan utama inflasi China meleset tahun ini selepas mencapai paras melebihi 2% secara tahunan pada penghujung 2016.
Dalam laporan data inflasi berlainan, harga pengeluar (PPI) meningkat 5.5% pada Julai tidak berubah daripada bacaan bulan sebelum ini.
Pemulihan atau peningkatan dalam harga pengeluar sebenarnya telah banyak menyumbang kepada pertumbuhan lebih daripada jangkaan di China sejak beberapa suku-tahunan lepas. Pertumbuhan pada suku kedua 2017 berkembang sebanyak 6.9%.
Polisi fiskal telah membantu dalam menstabilkan harga pengeluar dan beberapa tindakan kerajaan dibuat untuk menangani halangan dalam lebihan-kapasiti.
Pada Selasa, China melaporkan lebihan dagangan (trade-surplus) yang kukuh daripada jangkaan. Namun, peratusan kenaikan eksport semakin perlahan.
The post Harga Pengguna (CPI) China Perlahan Pada Julai, PPI Stabil Pada 5.5% appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uoFSzP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment