Hero Mission: Impossible 6 cedera [VIDEO]
AKTOR terkenal Tom Cruise dilaporkan cedera semasa penggambaran filem sikuel, Mission: Impossible 6 di London semalam.
Cruise, 55, yang gemar melakonkan sendiri aksi lagak ngeri dilihat berjalan terhincut-hincut selepas melompat dari sebuah pelantar ke bumbung bangunan yang jaraknya kira-kira lima meter.
Beliau yang berlatih bertahun-tahun untuk melakonkan aksi lagak ngeri untuk filem-filem lakonannya sebelum itu berjaya melonjakkan badannya, bagaimanapun gagal mendarat kemas di bumbung bangunan berkenaan.
Tubuhnya seakan-akan ‘terhempas’ ke bucu bangunan terbabit sebelum beliau memanjat ke bumbung untuk meneruskan aksi selanjutnya dalam keadaan kesakitan.
Beliau bagaimanapun meminta penggambaran dihentikan.
Cruise adalah aktor Hollywood yang gemar melakukan sendiri aksi lagak ngeri. - HMetro
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fEh1RK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment