HINDRAF, PAKATAN HARAPAN BERUNDING
SHAH ALAM – Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) mengesahkan sedang melakukan rundingan dengan Pakatan Harapan (Harapan) untuk memastikan pakatan itu memenangi pilihan raya umum akan datang.
Pengerusinya, P Waythamoorthy berkata, beliau mengesahkan perkara tersebut, dengan harapan badan gerakannya dapat menjadi ahli parti yang kelima menyertai pakatan tersebut.
“Sekarang ini, kita dalam proses rundingan dengan parti pembangkang supaya Hindraf menjadi ahli kelima dalam Pakatan Harapan.
“Hindraf sudah berjumpa dengan empat pemimpin parti dalam Pakatan Harapan dan sedang menunggu restu daripada mereka untuk menyertai pakatan itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Katanya, ada masa sama, Hindraf sudah mengemukakan permohonan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menjadi sebuah parti politik.
Menurutnya, permohonan tersebut telah dihantar dua bulan lalu dan sedang menunggu keputusan yang akan dikeluarkan oleh pertubuhan terbabit.
“Sejak 12 tahun ini, kita sentiasa memperjuangkan nasib orang India terpinggir dalam arus pembangunan negara.
“Jadi, cadangan Datuk Zaid Ibrahim supaya Pakatan Harapan untuk bekerjasama dengan kami adalah satu cadangan yang baik,” ujarnya.
Semalam, Zaid menggesa Pakatan Harapan supaya menjadikan Hindraf sebagai rakan sekutunya bagi menarik sokongan kaum India terhadap pakatan terbabit.
– http://ift.tt/1bq4zcn
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uapUVF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment