ITC Mula Menyemak Aduan Qualcomm Mengenai Paten iPhone Sebelum Jualannya Diharamkan Di A.S
Perang paten di antara Qualcomm dan Apple menjadi semakin buruk pada Julai lalu. Qualcomm nekad memfailkan aduan kepada Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa (ITC) bagi menghalang import masuk iPhone ke Amerika Syarikat. Sebab yang diberikan ialah Apple dituduh menggunakan enam paten milik Qualcomm tanpa membayar royalti yang sewajarnya.
Pihak ITC telah memulakan semakan ke atas aduan enam penyalahgunaan paten yang didakwa dilakukan oleh Apple. Keputusan semakan akan diumumkan dalam masa 45 hari. Sekiranya aduan diterima, jualan iPhone di Amerika Syarikat akan terjejas teruk kerana peranti dihalang dari import masuk.
Apple masih berkeras untuk menghentikan pembayaran royalti selagi mereka tidak ditawarkan harga yang adil dan munasabah.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2frqXht
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment