Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kanak-Kanak Perempuan Antara 23 PATI Ditahan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kanak-Kanak Perempuan Antara 23 PATI Ditahan

SHAH ALAM – Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun antara 23 warga asing yang ditahan Jabatan Imigresen Selangor dalam operasi di dua buah rumah kongsi tapak pembinaan di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor awal pagi tadi.

Ketua Penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor, James Lee berkata operasi selama tiga jam bermula 1 pagi itu turut disertai pegawai penguat kuasa daripada Jabatan Pendaftaran Negara cawangan Selangor.

“Operasi ini pertama kali diadakan di tapak pembinaan ini hasil siasatan dan aduan orang ramai mengenai pekerja binaan yang sering mengganggu masyarakat setempat.

“Seramai 99 warga asing telah diperiksa dan hasilnya 23 telah ditahan berhubung kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 iaitu tiada pas yang sah dan tinggal lebih masa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Lee, mereka yang ditahan merangkumi 19 warga Indonesia, tiga warga Bangladesh dan seorang warga Myanmar, berumur antara dua dan 45 tahun.

Katanya warga asing terbabit dibawa ke pejabat penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor di sini, untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2inMUz0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.