Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wang Haram: Bekas Penolong Jurutera Didakwa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wang Haram: Bekas Penolong Jurutera Didakwa

ALOR SETAR – Seorang bekas penolong jurutera sebuah jabatan kerajaan hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM1.1 juta pada Januari lepas.

Ishak Ismail, 56, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.

Mengikut pertuduhan, Ishak pada 19 Jan 2017, kira-kira pukul 3 petang di sebuah rumah di Batu 14, Simpang 3 Sungai Daun, Yan telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu memiliki wang berjumlah RM1,113,250 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 (1) akta yang sama.

Sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 15 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan tersebut atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Azman menetapkan selama empat hari bermula 13 Nov, sebagai tarikh perbicaraan dan dikenakan jaminan sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin, manakala pasport antarabangsanya diserahkan kepada mahkamah.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, A. Hafiizh Abu Bakar dan tertuduh diwakili peguam Muhammad Ariff Shaharuddin. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ioFE67

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.