Kerajaan Britain Mengeluarkan Garis Panduan Bagi Mengelakkan Kereta Pintar Digodam
Klimaks filem The Fate of The Furious ialah ratusan kenderaan digodam secara serentak sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas. Kemampuan menggodam kenderaan pintar seperti di dalam filem ini masih lagi di tahap fiksyen tetapi mungkin boleh dilakukan di masa hadapan. Sebelum ia menjadi realiti, kerajaan Britain telah mengeluarkan garis panduan bagi mengelakkan kenderaan pintar dan berhubung dari digodam.
Sebanyak lapan perkara yang disenaraikan di alam garis panduan adalah seperti yang disenaraikan di bawah :
- Keselamatan organisasi dimiliki, ditadbir dan digalakkan di peringkat teratas.
- Risiko keselamatan ditaksir, diuruskan dengan sewajarnya serta seimbang. Ini termasuk pada rantaian pembekal.
- Organisasi memerlukan pelan tindakan penjagaan pasca-jualan dan tindak balas kejadian untuk memastikan sistem selamat sepanjang hayat penggunaan.
- Semua organisasi, termasuk subkontraktor, pembekal dan pihak ketiga bekerjasama untuk meningkatkan keselamatan sistem.
- Sistem direka menggunakan pendekatan pertahanan-yang-mendalam.
- Keselamatan semua perisian diuruskan sepanjang hayatnya.
- Penyimpanan dan penghantaran data adalah terjamin serta boleh dikawal.
- Sistem direka untuk bertahan dari sebarang serangan dan bertindak balas sewajarnya apabila sistem pertahanan dan sensornya gagal.
Dengan kenderaan yang semakin bergantung kepada sistem komputer serta internet, garis panduan ini mungkin dapat mengurangkan risiko godaman. Menarik bagi kami ialah keperluan sentiasa mengemaskini perisian yang pada waktu sukar dilakukan pada peranti pintar turut perlu dilakukan pada kenderaan. Ini senario yang amat merisaukan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vDxNXu
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment