Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Mak saya ni memang tak suka bergaya. Aku beli beg Gucci, beg Prada, tapi beg ‘cap’ ayam juga yang dia pakai” – Aliff Syukri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Mak saya ni memang tak suka bergaya. Aku beli beg Gucci, beg Prada, tapi beg ‘cap’ ayam juga yang dia pakai” – Aliff Syukri

Walaupun hanya menjadi pembantu rumah, tapi jangan pandang sebelah mata kerana mereka juga sebenarnya berkebolehan sebagai ‘perunding gaya’ kepada majikan.

Begitulah adegan melucukan membabitkan pembantu rumah keluarga Datuk Aliff Syukri Kamarzaman di rumah ibu kepada jutawan kosmetik itu.

Bukan setakat mahir dalam soal jenama-jenama mewah, sehinggakan harga sesuatu barangan itu pun diketahuinya.

Menerusi penstriman video secara langsung di Facebook ‘Aliff Syukri Terlajak Laris’ pada Jumaat, usahawan itu hadir ke rumah ibunya untuk menghadiahkan beg yang dibeli semasa percutian di Eropah, baru-baru ini.

Namun cabaran bagi Aliff adalah untuk meyakinkan ibunya dengan pelbagai beg jenama mewah yang dibawa untuk dipilih sebagai hadiah.

“Mak saya ni memang tak suka bergaya. Aku beli beg Gucci, beg Prada, tapi beg ‘cap’ ayam juga yang dia pakai,” katanya sambil meminta ibunya memilih mana-mana beg yang menjadi pilihan hati.

“Yang ni Gucci mak,” kata Aliff namun ibu jutawan itu pada awalnya kurang tetapi cuba dipujuk pembantu rumah.

“Kat Indon (Indonesia), Gucci ni memang yang ternama. Ia mahal punya. Cocok (sepadan) ni, kan boleh pakai pergi kerja” katanya yang disambut baik Aliff.

Aliff (kanan) bersama pembantu rumah keluarganya.

Semasa Aliff terus memujuk ibunya supaya menerima mana-mana beg yang mahu dihadiahkannya, pembantu rumah turut mempengaruhi ibu jutawan itu.

Tindakan pembantu rumah itu melucukan sehingga Aliff bertanyakan apakah pekerjaan sebenarnya kerana dia dilihat lebih arif dalam soal beg jenama mewah.

“Kawan saya tu… memang ada beg-beg yang mahal, maka saya tahu,” kata wanita warga Indonesia itu.

“Ini lagi lawalah, kalau bawa pergi ‘shopping’ (membeli-belah),” tambahnya.

Sesi ‘rundingan’ akhirnya menemukan beberapa beg yang menjadi pilihan ibu Aliff.

Menariknya, pembantu rumah berkenaan sempat menyampaikan mesej kepada para pengikut Aliff terutama netizen yang selama ini sering mengecam jutawan itu kerana bersikap menunjuk-nunjuk mengenai kemewahannya.

“Datuk kan nak bagi kat mak dia. Tak kan itu pun nak mengecam. Mana mungkin dia pamer (menunjuk), dia hanya bagi kat mak dia saja,” katanya.

Sumber: Mstar



Sumber “Mak saya ni memang tak suka bergaya. Aku beli beg Gucci, beg Prada, tapi beg ‘cap’ ayam juga yang dia pakai” – Aliff Syukri

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2urttpR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.