Malang Terjadi,Dua Warga Nepal Ini Asyik Bermain Di Tepi Gaung
Baru-baru ini pengguna media sosial dihebohkan dengan rakaman video aksi pencerobohan pelancong Nepal. Dua orang pemuda tersebut mati setelah terjatuh ke jurang sedalam lebih daripada 600 meter.
Dipetik dari laman Hindustan Times, Sabtu (5/8/2017), dua lelaki itu dipercayai bernama Imran Garadi (26) dan Pratap Ratbod (21).
Kedua-duanya dilaporkan sedang menikmati masa bercuti di sebuah lokasi pelancongan bernama Amboli Ghat yang terletak di daerah Sindhudurg, daerah Maharashtra, India.
Amboli Ghat adalah lokasi pelancongan kegemaran masyarakat India. Suasana pergunungan dan udara yang sejuk menjadi pilihan pelancong untuk mengisi masa cuti baik bersama teman ataupun keluarga.
Pihak polis yang mengenal pasti kejadian tersebut berkata, insiden tersebut bermula dari kecuaian dua orang pemuda yang berlaku pada 1 Ogos 2017.
“Imran dan Pratap bukan hanya datang berdua. Mereka bercuti ke Amboli Ghat bersama beberapa rakan lain,” kata Inspektor Polis Suni Dhanawade.
“Hingga kini jasad kedua-dua pemuda tersebut belum boleh dipindahkan. Pihak kami masih berusaha untuk memindahkan tubuh kedua-dua mangsa,” tambahnya.
Dalam rakaman video yang kini sedang tular, dua pemuda tersebut mengenakan baju oren. Kedua-duanya kelihatan asyik melihat pemandangan.
Namun, kecuaian bermula apabila keduanya naik dan duduk di pagar kayu sekatan antara tebing dan jurang.
Pada percubaan pertama mereka kelihatan santai. Belum ada tanda-tanda bahaya yang mereka rasakan. Mereka pun kembali turun sambil tertawa.
Pada percubaan berikutnya, kedua-dua lelaki itu kembali menaiki sekatan pagar kayu dan duduk saling berdampingan. Tidak lama, tiba-tiba Imran dan Pratap lihat tergelincir dan jatuh ke dalam jurang.
✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uEZgno
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment