Nak melabur? Newbie, buat dulu 9 perkara wajib ini
Tak logik. Langsung tak logik.
Langsung tak logik kalau korang kata boleh belajar ilmu yang lebih advance, walaupun tak tau ilmu yang basic (asas).
Kalau asas korang power, lagi senang korang nak belajar ilmu yang lebih ‘dalam.’
Dan sebelum korang mulakan apa-apa pelaburan, ada perkara yang wajib korang sediakan dulu.
Kalau takde disiplin dalam bab mengurus duit, takut pelaburan korang senang ‘terbalik’ nanti. Hadamkan perkongsian Tuan Suzardi Maulan (Pakdi) ni laju-laju.
#1 : Dah ada sumber pendapatan yang cukup?
Dalam surah Yusuf, Ayat 47 ada sebut tentang kepentingan menanam selama 7 tahun dengan bersungguh-sungguh.
Ya, dengan bersungguh-sungguh.
Dalam erti kata lain, sama ada kita makan gaji atau bekerja sendiri (bisnes), perlu pastikan yang kita benar-benar berjaya, dan dapatkan gaji yang tinggi dalam bidang yang kita ceburi.
Usaha korang 7 tahun tadi tu, adalah untuk sediakan korang untuk hadapi 7 tahun zaman susah nanti.
Dan kalau takde pandapatan yang cukup, korang tak dapat menyimpan, dan korang takde modal untuk mengumpul aset kekayaan.
Cukup ke tanggung apa yang ada sekarang, hanya dengan satu punca pendapatan je? Tok yakin korang boleh jawap sendiri, kan?
Rajinkan diri tanya soalan ni kat diri sendiri?
“Macam mana nak buat ‘duit tepi’ (pendapatan sampingan)?”
#2 : Tangguh kepuasan supaya senang masa depan
Dalam Ayat 47, surah Yusuf juga ada sebut dengan jelas.
Hasil tanaman yang diusahakan tadi tu disimpan dalam bentuk tangkai. Lepas menyimpan, yang lebih tu baru boleh korang belanjakan untuk hidup.
Belajar untuk tangguhkan kepuasan dulu.
Kalau kita belanjakan semua pendapat tu terlebih dulu, tak payah berangan nak menyimpan. Ini resepi yang akan cipta masalah kewangan yang kronik.
Nak selamat? Ikut je petua yang ni :
Gaji – Simpanan = Duit yang korang boleh belanjakan.
Senang nak faham, kan?
#3 : Tumpu 100% dalam bab urus risiko
Risiko ada sesuatu yang tak dapat dihapuskan sepenuhnya. Dan apa yang kita boleh buat adalah dengan menguruskan risiko tu secara efektif.
Bagi kebanyakan orang, cara paling senang nak uruskan risiko kewangan, adalah dengan membeli produk Takaful.
Untuk menjadi orang yang berjaya dalam pengurusan kewangan, korang kena kaji dulu sebelum pilih nak gunakan salah satu.
Ini sebab, tak semua produk Takaful mampu menguruskan semua risiko kewangan kita.
Adakah ada produk Takaful yang dapat lindungi kewangan kita daripada inflasi, kejatuhan harga saham, atau kalau-kalau prestasi bisnes merosot?
#4 : Belajar cara ‘beranakkan’ duit
Simpanan yang kita telah buat itu adalah untuk dijadikan modal pelaburan.
Tujuan pelaburan kita adalah untuk kegunaan menunaikan ibadah Haji, tabung persaraan, tabung pendidikan anak-anak, tabung percutian, dan apa-apa je matlamat kewangan yang kita tetapkan.
Kita perlu tahu menyusun strategi pelaburan dengan bijak.
Sama seperti permainan bola sepak, ada strategi menyerang seperti 4-3-3, ada strategi bertahan sepeti 5-4-1, mahupun false-nine (4-6-0) berdasarkan kelas aset tertentu.
#5 : Jangan buat-buat lupa pula yang ‘ini’
Zakat dan sedekah merupakan proses 3 + 1.
Dengan banyak memberi, kita dapat menyucikan harta, melindungi harta dan mengembangkan harta sekaligus.
Harta-harta yang kita beri ini sama sekali tidak berkurangan, malah semakin bertambah dengan cara yang Allah sahaja yang tahu.
Zakat hanya untuk harta halal, manakala harta dari sumber haram kita perlu bersihkan 100%.
Manakala cukai pula, suka atau tak, kita kena bayar. Duit itulah yang membolehkan kerajaan memberikan kita jalan, sekolah, longkang, hospital dan keperluan lain untuk rakyat.
#6 : Baiki kewangan atau fokus tambah aset?
Kita perlu kenal pasti keutamaan perbelanjaan kita.
Lepas dah selesaikan keperluan-keperluan asas hidup iaitu untuk makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan, dan kesihatan, pastikan kita mengumpul aset selepas itu.
Dalam hal ini, penyata kewangan (financial statement) memainkan peranan penting untuk kita menguruskan kewangan.
Angka-angka dalam penyata kewangan dapat memberi petunjuk kepada kita, sama ada pembelian ‘harta’ kita adalah bersifat aset atau pun liabiliti.
Penyata kewangan juga dapat tentukan sama ada kita patut baiki aliran tunai, atau fokus menambah aset-aset untuk tujuan capital gain.
#7 : Dah set matlamat kewangan masa panjang anda?
Kita semua mesti tahu apa yang kita nak.
Contohnya :
“Apakah yang kita mahukan apabila menjelang usia persaraan yang barangkali lagi 10, 20, 30 tahun akan datang?”
Pengurusan kewangan yang baik membabitkan matlamat kewangan jangka masa panjang. Ibaratnya macam kita mahu menanam pokok durian.
Bila kita mempunyai satu pandangan yang jauh, kita telah menetapkan langkah yang betul untuk berjaya.
Sebab itulah, Islam menyuruh kita berfikir mengenai mati.
Kerana keyakinan kita mengenai syurga dan neraka, kehidupan alam akhirat menyebabkan kita bersungguh-sungguh bekerja dengan penuh amanah di dunia.
#8 : Ada masa rugi. Ada masa buat untung
Tujuan melabur adalah untuk gandakan duit, untuk tambah harta. Dan Tok yakin. Takde siapa pun yang nak melabur untuk rugi. Betul?
Cuma untuk korang yang baru nak mula, korang tak perlu risau sangat pasal ni dulu.
Apa yang penting, adalah untuk korang belajar dulu selok-belok dan sepak terajang dunia pelaburan. Supaya korang tahu game pelaburan sebenar.
Kalau untuk masa tengah belajar, tu Tok kira sebagai bonus untuk korang. Yang penting, pengalaman tu.
Korang sendiri je yang boleh rasa sendiri, macam mana dunia sesebuah pelaburan tu.
#9 : Siapkan yang perlu sebelum menghadap Ilahi
Setelah kita berjaya mengumpul harta, jangan lupa menyediakan exit strategy ini kerana kita semua pasti mati.
Selain faraid, kita ada instrumen-instrumen tertentu seperti wasiat, hibah, wakaf yang dapat menentukan ke mana harta kita selepas mati.
Pembahagian harta ini adalah sangat penting.
Harta untuk anak angkat, anak luar nikah, anak susuan, tidak mempunyai anak lelaki misalnya antara isu pembahagian yang mesti diselesaikan sebelum mati.
Jangan sampai harta kita beku dek kelalaian kita dalam urusan ini.
—
Satu je Tok nak pesan :
“Kalau gagal untuk merancang, korang sebenarnya merancang untuk gagal”
Ayat yang Tok petik daripada lagu ‘Mentera Beradu’ ni memang power. Tok yakin, korang bijak belaka. Pasti korang dah tau nak buat apa.
The post Nak melabur? Newbie, buat dulu 9 perkara wajib ini appeared first on GilaHartanah.com - Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia.
✍ Sumber Pautan : ☕ GilaHartanah.com – Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uSBNzi
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment