Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nauraj Diberi Penghormatan Baca Ikrar Atlet KL2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nauraj Diberi Penghormatan Baca Ikrar Atlet KL2017



KUALA LUMPUR – Jaguh lompat tinggi negara Nauraj Singh Randhawa dipilih sebagai pembaca ikrar atlet pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata pemilihan atlet berusia 25 tahun itu berdasarkan rekod pencapaian sepanjang penglibatan Nauraj dalam sukan berkenaan.

“Nauraj dilihat sebagai atlet yang menyerlah dalam program Kita Juara, dia melayakkan diri ke Program Podium. Nauraj adalah contoh atlet yang bermula dari bawah dan boleh jadi atlet bertaraf dunia.

“Jadi saya bagi penghormatan kepada Nauraj Singh,” katanya kepada pemberita pada program Larian Obor KL2017 di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 di sini hari ini.

Selain itu, Khairy berkata Nauraj dipilih sebagai pembaca ikrar atlet kerana ketinggian yang dimilikinya iaitu 1.93 meter yang boleh menjadi tumpuan ketika ikrar dibacakan pada upacara pembukaan rasmi KL2017 pada 19 Ogos ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

“Saya pilih Nauraj kerana dia tinggi, sebab orang yang tinggi bila baca ikrar orang akan beri tumpuan. Ikrar akan dibaca dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Inggeris dia (Nauraj) pun baik. Jadi tidak akan tersasul,” kata Khairy.

Nauraj merupakan pemenang pingat emas Sukan SEA 2013 di Myanmar dan 2015 di Singapura.

Atlet kelahiran Johor itu juga melakukan lompatan 2.29m di Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura sekali gus melebur rekod kebangsaan milik Lee Hup Wei yang dicatat pada 2008.

Nauraj ialah satu-satunya atlet olahraga yang layak secara merit ke Sukan Olimpik Rio 2016 dan mendapat tempat ke-18 dalam acara lompat tinggi pada penampilan pertama di temasya itu.

Mengenai dua acara yang bermula hari ini melibatkan skuad bola sepak dan bola jaring negara, Khairy berharap pemain akan mempamerkan aksi terbaik untuk mencipta kejayaan sulung dalam acara masing-masing dan mengucap selamat maju jaya kepada mereka.

“Saya sempat berbual dengan skuad bola jaring dan juga Kim Swee (Datuk Ong Kim Swee, Ketua Jurulatih Bola Sepak negara) semalam. Kita harapkan dengan permulaan yang baik hari ini, kontinjen negara akan terus bersemangat mengharungi cabaran sepanjang temasya ini,” katanya.

Kira-kira 1,000 peserta termasuk 200 murid sekolah menyertai larian obor hari ini yang bermula di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 2.

Ia turut disertai anak Khairy, Jibriel Ali serta lagenda bola sepak negara seperti Datuk Santokh Singh, Datuk K. Rajagobal, Khalid Ali, Razip Ismail dan Zainal Abidin Hassan serta jaguh berbasikal negara Datuk Ng Joo Ngan. – BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wIcuC6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.