Pelajar Histeria Mahu Terjun Tangki Air Sekolah
BAGAN SERAI: Tindakan pantas anggota bomba dapat menyelamatkan nyawa seorang pelajar perempuan yang dikatakan histeria sehingga cuba terjun dari tangki air 20 meter di sekolahnya di sini, pagi tadi.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Nasir Wahab, berkata sembilan anggota bomba bergegas ke sebuah sekolah menengah di sini selepas menerima panggilan mengenai kejadian, jam 10.55 pagi.
Beliau berkata, maklumat diterima menyatakan seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat dilaporkan diserang histeria sebelum memanjat dan cuba terjun dari tangki air berkenaan.
"Anggota bomba yang tiba mendapati pelajar dan guru dalam keadaan cemas dan mereka menyusun tilam di bawah tangki air itu.
"Lima anggota bomba kemudian memanjat dan cuba memujuk mangsa namun gagal malah mangsa bertindak meniti di atas penghadang besi tangki air di situ.
"Selepas 10 minit dipujuk, seorang anggota menerpa dan memegang mangsa sebelum anggota lain membantu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Nasir berkata, mangsa kemudian dibawa turun dan diserahkan kepada pihak sekolah.
Katanya, operasi tamat pada jam 11.38 pagi. - BH
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hIoLD8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment