Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelbagai Acara Menarik Sempena Sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelbagai Acara Menarik Sempena Sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri


KUCHING: 'Celebrity Square' yang terletak berhampiran Pusat Akuatik Pandalela Rinong, Petra Jaya akan menjadi venue sambutan Hari Jadi Ke-81 Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pelbagai acara diatur sepanjang tiga hari sambutan tersebut yang bermula 8 hingga 10 September akan datang.

“Sebanyak lima acara puncak dirancang sepanjang tiga hari dengan dimulakan kenduri kesyukuran di Masjid Jamek pada 8 September diikuti perbarisan.

”Istiadat perbarisan dan rapat raksasa diadakan di perkarangan Celebrity Square dengan perarakan disertai 81 kontinjen dan seterusnya Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak di Dewan Lapau Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 9 September,” katanya.

Mengulas lanjut, jamuan teh diadakan pada hari kemuncak dan diteruskan dengan konsert dirgahayu dengan menampilkan persembahan daripada artis popular di Celebrity Square diikuti dengan persembahan bunga api.

Sehubungan itu, Awang Tengah menyeru kepada semua lapisan masyarakat khususnya di bandar raya ini hadir menyaksikan pelbagai acara yang dirancang sempena sambutan tersebut.

Sementara itu, pameran dirgahayu Yang di-Pertua Negeri melibatkan perjalanan dan sumbangan akan diadakan serentak dengan pameran raja kita Duli Yang Amat Mulia Sultan Muhammad IV dibuka kepada orang awam, bermula dari 8 hingga 10 September.-Sarawakiana


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ukTo7v

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.