Hi! Welcome Back and Stay Tune! (VIDEO) Nampak Pelik, Gunakan Garpu Sebagai Alat Solekan, Tapi Hasilnya Cukup Menakjubkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(VIDEO) Nampak Pelik, Gunakan Garpu Sebagai Alat Solekan, Tapi Hasilnya Cukup Menakjubkan




Seorang wanita yang juga merupakan jurusolek berjaya menampilkan cara solek yang unik apabila dia menggunakan garfu sebagai alat bantuan.

Perkara ini telah dibuktikan oleh Siti Nurfarahain Zakaria, 29, dimana dia bukan sahaja berjaya menampilkan cara yang unik tapi juga berjaya tampil berseri-seri dan cantik setelah menggunakan sebatang garfu sebagai alat bantuannya semasa bersolek.

Menurut Farah, dia sentiasa mahukan kelainan dalam memberikan tips solekan kepada wanita-wanita diluar sana yang ingin belajar teknik solekan dengannya.

Selain daripada menggunakan garfu, dia juga sebelum ini pernah menggunakan sudu, kotak tisu dan pembaris untuk bersolek dan apa yang mengejutkan, hasilnya tidak pernah menghampakan.

"Saya tak mahu orang 'cemuih' (bosan) sebab tu saya selalu fikir sesuatu yang lain untuk mengajar teknik bersolek.

"Apatah lagi bila buat tutorial mekap di 'Facebook live', saya kena tarik perhatian orang untuk tengok dan tunggu sampai saya habis mekap, bukan tengok sekerat (separuh) jalan,"katanya kepada mStar Online.


Kaedah unik int berjaya menarik minat orang ramai untuk terus 'melayan' tutorial yang dilakukannya, apatah lagi ia disampaikan secara bersahaja dengan loghat pekat negeri Kedah.

"Memang ramai yang perasan, saya memang cakap pekat macam ni, berus solek jadi 'beruih'.
"Tak palah, janji depa tengok dan terhibur," kata wanita kelahiran negeri Jelapang Padi itu

Farah mengulas lebih lanjut mengenai garfu, dia menjelaskan bahawa kegunaan garfu tersebut adalah sebagai pembaris, penanda aras atau membuat 'bayang'.


Berbekalkan pengalaman selama tujuh tahun dalam bidang solekan, Farah berkata, sebagai jurusolek, dia akan memastikan produk yang digunakan berkualiti tinggi tetapi harganya berpatutan.


Sumber: mStar Online via Siakapkeli


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2woOQKB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.