Peluang pikat Bale sudah tertutup - Mourinho
SKOPJE: Jose Mourinho berkata peluang mendapatkan Gareth Bale sudah berakhir selepas penyerang Wales itu membarisi kesebelasan utama Real Madrid ketika menewaskan Manchester United 2-1 dalam aksi Piala Super, awal pagi tadi.
Menjelang perlawanan antara juara Liga Juara-Juara dan juara Liga Europa di sini, Mourinho berkata dia sedia bersaing dengan beberapa kelab untuk menandatangani Bale sekiranya dia tidak ada dalam perancangan jurulatih, Zinedine Zidane.
"Sudah jelas kelab memerlukan dia, pengurus mahukan dia dan dia juga mahu kekal bersama kelab, jadi ia sudah berakhir, sebelum perlawanan bermula, semua orang tahu dia mahu kekal," kata Mourinho kepada BT Sport.
Presiden Real, Florentino Perez juga menafikan mahu menjual pemain yang dibawa ke Santiago Bernabeu pada 2013 dengan bayaran rekod dunia 85.5 juta pound (RM470 juta) itu.
"Saya tidak akan menjualnya, dia pemain Real Madrid, dia penting bagi kami dan dia antara pemain terbaik dunia," katanya.
Bale disenaraikan dalam kesebelasan utama dan bergandingan dengan Karim Benzema di jentera serangan selepas Cristiano Ronaldo diletakkan di bangku simpanan dan hantarannya membantu Isco menyumbat gol kedua.
Bale juga hampir menjaringkan gol apabila rembatannya pada babak kedua terkena palang.
"Saya tidak membaca apa-apa walaupun orang memberitahu mengenainya. Saya gembira dengan bola sepak dan akan beraksi sebanyak mungkin saya boleh serta memenangi lebih banyak trofi," kata Bale yang mengutip pingat kemenangan keenam Eropah sejak berpindah dari Tottenham Hotspur. - Reuters
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vkHB6g
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment