Hi! Welcome Back and Stay Tune! Saya Akan Tuntut Di Padang Mahsyar - Ahmad Zahid Hamidi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Saya Akan Tuntut Di Padang Mahsyar - Ahmad Zahid Hamidi


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan mempunyai bukti rakaman perbualannya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika bertemu pemimpin pembangkang itu pada tahun 2015.

Timbalan Perdana Menteri berkata, dalam rakaman itu yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ialah bekas pemimpin negara terbabit.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden mengakui memang bertemu Dr Mahathir selepas 10 hari dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri susulan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2015

Bagaimanapun beliau menjelaskan pertemuan itu atas dasar hormatnya kepada pemimpin itu yang masih ahli UMNO ketika itu.

“Perbualan itu dirakam dan masih dalam simpanan saya sehingga kini di mana Dr Mahathir sendiri yang merancang untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

“Dalam perbualan itu beliau akan meminta pemimpin pembangkang bekerjasama dengan pemimpin UMNO yang kehilangan jawatan untuk mengadakan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.

“Malah jika undi tidak percaya gagal, beliau akan menyerahkan memorandum kepada Majlis Raja-Raja meminta Yang di-Pertuan Agong memecat Perdana Menteri, maka dialah yang mempunyai niat itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerlun 2017 di Dewan Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, di Jerlun, hari ini.

Turut hadir, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Jerlun, Datuk Abu Hassan Sharif dan Naib Ketua UMNO Bahagian Jerlun, Datuk Othman Aziz.

Menurut Ahmad Zahid, dakwaan beliau mahu menjatuhkan Najib tidak logik kerana baru 10 hari dilantik sebagai pemimpin nombor dua negara.

“Mungkin beliau mudah lupa tetapi saya tidak lupa, saya sebagai jerat, beliau pelanduk di mana sebagai jerat tidak akan lupakan pelanduk tetapi saya tidak akan balas dendam.

"Yang berbohong beliau kerana saya ada rakaman dan di Padang Mahsyar nanti saya akan nyatakan orang itu berbohong kerana menuduh saya ingin jatuhkan Perdana Menteri sedangkan ia adalah rancangannya sendiri," katanya.

Beliau berkata, hubungannya dengan Perdana Menteri bukan baru dua tahun sebaliknya sudah lama terjalin iaitu sejak berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Najib sebagai Menteri Belia dan Sukan serta Menteri Pertahanan iaitu dari 1986 sehingga 1993.

Dr Mahathir sebelum ini mendakwa Ahmad Zahid pernah menemuinya selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, susulan pemecatan Muhyiddin pada 2015, dalam usaha mendapatkan sokongannya untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri.-myMetro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fgHDs4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.