Hi! Welcome Back and Stay Tune! Terowong 49km rentas Banjaran Titiwangsa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Terowong 49km rentas Banjaran Titiwangsa


KUANTAN: Projek Rangkaian Rel Kereta Api Timur (ECRL) akan melalui terowong sepanjang 49 kilometer (km) di 19 lokasi dari Pelabuhan Klang, Selangor ke Tumpat, Kelantan.

Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, berkata terowong terpanjang di Malaysia itu akan dibina ialah dari Bentong, Pahang ke Gombak, Selangor sejauh 17.8 kilometer.

"Ia akan merentasi Banjaran Titiwangsa manakala kerja mengorek terowong dijangka bermula awal tahun depan.

"Mengikut perancangan, pembinaan terowong yang sebahagian besarnya di kawasan di Pahang dan sempadan Terengganu dan Kelantan akan mengambil masa empat tahun untuk disiapkan.

"Kita juga akan membina jambatan sepanjang 88.8 kilometer di kawasan berisiko banjir terutama di Terengganu dan Kelantan," katanya ditemui pada majlis perasmian pecah tanah ECRL di Stesen Utama KotaSAS, di sini, hari ini.

Perasmian disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Mohd Irwan Serigar berkata, kerja mengorek terowong itu akan menggunakan Mesin Pengorek Terowong (TBM) serta Koreak dan Ledak mengikut kesesuaian keadaan.

Projek mega bernilai kira-kira RM55 bilion dijangka siap pada 2024 itu adalah pengangkutan awam penumpang dan kargo yang berkemampuan memendekkan perjalanan dari Tumpat, Kelantan ke Gombak, Selangor hanya lima jam. - BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hID1M1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.