Hi! Welcome Back and Stay Tune! TMJ: ATM BANYAK BAJET, TAKKAN RM4 JUTA PUN TAK ADA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TMJ: ATM BANYAK BAJET, TAKKAN RM4 JUTA PUN TAK ADA

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berharap Kementerian Pertahanan Malaysia dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dapat menyelesaikan isu tunggakan gaji pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menurut beliau, FAM tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan perjanjian antara pemain terlibat dan pasukan tidak dimaklumkan kepada badan induk bola sepak negara itu.

“FAM tak boleh buat apa-apa, cuma saya sebagai presiden berharap pihak ATM dan menteri pertahanan akan lihat isu ini dengan baik untuk selesaikan dengan baik.

“Saya harap kita boleh cari penyelesaian berkenaan perkara ini.

“Saya pun tak tahu, takkan ATM banyak bajet RM4 juta pun tak ada. Saya tak tahu kenapa,” katanya yang juga presiden FAM pada forum ‘Face Off’ di Johor Bahru, malam tadi.

Forum tersebut turut menampilkan bekas pemain kebangsaan dan pengkiritik sukan tanah air, Shebby Singh, Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), Kevin Ramalingam dan Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Hairuddin Omar.

Terdahulu, Hairuddin menjelaskan isu gaji tertunggak melibatkan pemain atau bekas pemain ATM masih berlarutan sejak dua tahun lalu.

Katanya, ia susulan dua perjanjian atau kontrak yang ditandatangani antara pemain dan kelab berkenaan.

“Satu kontrak A mengikut standard FAM, satu lagi kontrak B antara pemain dan majikan. Yang tertunggak melibatkan pemain ATM sekarang ini adalah kontrak B.

“Bila kita bawa kes, Jawatankuasa Status tidak terima aduan untuk kontrak B. Apabila kita bawa Mahkamah Sivil, pihak mahkamah mengarahkan supaya menyelesaikan isu ini di dalam terlebih dahulu,” katanya.

Tambah bekas penyerang ATM itu, kes sedemikian mengambil tempoh masa yang panjang untuk diselesaikan apabila di bawa ke Mahkamah Sivil.

“Andai kata Jawatankuasa Status FAM mengeluarkan keputusan bahawa kontrak ini tidak diterima, maka barulah kami boleh bawa kes semula ke Mahkamah Sivil, ia akan ambil masa yang sangat lama.

“Perkara ini (menyebabkan) saya sekarang didesak oleh pemain-pemain ATM,” katanya yang turut meminta pandangan Tunku Ismail mengenai perkara itu.

Sementara itu, pada forum tersebut Hairuddin juga mendedahkan kes terbaru tunggakan gaji melibatkan pemain pasukan Kuantan FA yang didakwa tidak menerima gaji selama 11 bulan.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uowrfA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.