Hi! Welcome Back and Stay Tune! 15 Perkara Penting Perlu Diambil Perhatian Jika Mahu Membeli Rumah Apartmen Untuk Elak Kerugian Di Belakang Hari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

15 Perkara Penting Perlu Diambil Perhatian Jika Mahu Membeli Rumah Apartmen Untuk Elak Kerugian Di Belakang Hari

15 Perkara Penting Perlu Diambil Perhatian Jika Mahu Membeli Rumah Apartmen Untuk Elak Kerugian Di Belakang Hari

15 Perkara Penting Perlu Diambil Perhatian Jika Mahu Membeli Rumah Apartmen Untuk Elak Kerugian Di Belakang Hari

Bila disebut berkaitan hartanah, semua orang ingin memilikinya kerana dengan adanya hartanah kita boleh mendapatkan duit tambahan.

Hartanah merangkumi pelbagai jenis antaranya; rumah dan tanah yang majoritinya ingin dimiliki oleh semua orang.

Namun demikian, dengan kepesatan pembangunan negara yang semakin maju di negara kita, pembikinan-pembikinan rumah dalam kawasan bandar mahupun luar bandar mula dilaksanakan kepada sistem-sistem yang berbentuk apartmen.

Hal ini adalah untuk menjimatkan ruang tanah yang terhad khususnya di kawasan bandar.

Oleh yang demikian, sebelum kita membeli rumah yang berbentuk apartmen, sudah seharusnya kita menitikberatkan beberapa perkara yang boleh memudahkan serta tidak menyusahkan kita dikemudian hari.

Apa salahnya kita ikuti tips-tips atau panduan membeli apartmen yang dikongsikan oleh Dr.Azizul Azli Ahmad ini.

15 Panduan Membeli Rumah Apartmen

1. Beli apartment yang tak lebih dari 500 unit dalam satu bangunan Semakin padat kediaman, semakin banyak masalah yang akan datang.

2. Elakkan beli unit yang bawah sekali, risiko kecurian dan kebersihan susah dikawal nanti.

3. Semakin tinggi kita beli semakin rendah tekanan air nanti.

4. Beli apartment yang status tanahnya kediaman dan bukan komersial. Bil utiliti, bayaran pengurusan jadi tinggi jika beli yang komersial nanti.

5. Jika dapat setiap tingkat tak lebih dari 10 unit rumah, semakin banyak rumah semakin banyak masalah aras tersebut.

6. Unit kita jangan menghadap matahari petang (west) isteri kita akan seksi sepanjang malam. Untung masa depan  😜

7. Semak tahap keselamatan ada berapa peringkat, sebaiknya tak kurang dari 3 peringkat.

8. Pastikan apartment kita yang 3 bilik dan 2 bilik jangan beli yang kurang dari itu.

9. Jangan beli yang rendah silingnya, sebaiknya lebih dari 8’kaki tinggi. Bila pasang kipas agar tak putus jari.

10. Pastikan ada ruang ampaian yang sesuai, takkan baju nak hantar dobi dan sidai diruang tamu.

11. Jangan ambik unit dekat lif, kawasan lif selalu bising dan tempat pertemuan seluruh dunia.

12. Beli dari pemaju yang terkenal dan ada nama, jangan beli yang baru nak buat kali pertama. Lawat projek lepas mereka, kualitinya bagaimana?

13. Semakin banyak fasiliti yang disediakan semakin baik, ada ruang gym, dewan, library dan ruang kawin lagi.

14. Pelan yang bagus ada dua zone ruang, satu ruang tamu, makan dan dapur, satu lagi zone privacy iaitu bilik kita dan keluarga.

15. Pastikan dapat parking, jika dapat 2 parking percuma lebih baik. Satu parking boleh disewakan bagi bayar duit selengara. 

Kredit: Azizul Azli Ahmad

Via: SK



Sumber 15 Perkara Penting Perlu Diambil Perhatian Jika Mahu Membeli Rumah Apartmen Untuk Elak Kerugian Di Belakang Hari

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xd4xY6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.