‘Kerja Tak Dapat, Phone Pula Kena Rembat’ – Taktik Licik Scammer Konon Cari Pekerja
Zaman sekarang ini pelbagai cara digunakan oleh penjahat untuk memanipulasi seterusnya menjerat mangsa yang menjadi target mereka. Modus operandi mereka memang licik sehingga susah untuk dikesan.
Terbaru, seorang lelaki berkongsi pengalaman dirinya ditipu oleh scammer yang menyamar mencari pekerja tapi sebenarnya ada niat lain iaitu memerangkap mangsa sebelum mencuri telefon bimbit mangsa. Rupanya ramai yang dah jadi mangsa.
Scammer licik
Nama yang digunakan dipercayai bukan nama sebenar memandangkan ramai yang sudah terkena dengan orang yang sama tapi berlainan nama. Ada yang kena dengan Dr Afifuddin, Dr Tajudin, Dr Faisal dan banyak nama lagi.
Seorang pengguna Twitter, Ben memberitahu dia hampir menjadi mangsa. Pada mulanya dia mengiklankan tentang pekerjaaan yang dikehendaki di Mudah.my sebelum dihubungi oleh seorang lelaki yang mahu menawarkan kerja.
Curiga dengan tindakan lelaki tersebut yang tidak berputus asa mahu mengambil dirinya bekerja walaupun tawaran sebelum ini telah ditolak, Ben membuat carian di Google. Ternyata ini taktik licik scammer!
Modus operandinya mengajak mereka yang sedang mencari kerja untuk berjumpa seterusnya minta menggunakan telefon bimbit mereka sebelum hilang dari pandangan. Macam ini pun ada juga ye?
Lagi pengalaman mangsa scam
Harap korang yang nak cari kerja itu lebih berhati-hati selepas ini. Kerja tak dapat, phone pula yang kena kebas!
Sumber : Ben
Via: Oh Bulan
Sumber ‘Kerja Tak Dapat, Phone Pula Kena Rembat’ – Taktik Licik Scammer Konon Cari Pekerja
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2whDNle
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment