Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dah Lali, Rosmah Mansor Kalis Fitnah Sejak Jadi Isteri PM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dah Lali, Rosmah Mansor Kalis Fitnah Sejak Jadi Isteri PM


“Semua ini adalah permainan politik dan ia adalah harga yang perlu dibayar oleh semua ahli politik."

Datin Seri Rosmah Mansor berkata demikian dalam temu bual eksklusif bersama majalah Wanita untuk keluaran September.

Isteri kepada Perdana Menteri itu tidak menafikan, ada kalanya dia turut termakan hati dengan tohmahan dan kata-kata negatif dilemparkan terhadapnya.

Tapi, apa boleh buat? Dia hanya mampu menelan semua kritikan negatif kerana itulah harga yang perlu dibayar ahli politik.

“Syukur saya mendapat kekuatan daripada suami yang cukup penyabar dalam mengharungi semua fitnah dan kata-kata negatif itu.

"30 tahun bersama Datuk Seri, saya sudah lali dengan kata-kata masyarakat. Apa yang berlaku saya anggap sebagai 'job hazard'.

"Saya redha dengan apa yang terjadi. Mereka boleh membuat apa sahaja persepsi, yang penting saya dan keluarga bahagia.

"Hakikat sebenarnya hanya Tuhan yang tahu. Saya hanya mampu berdoa. Selebihnya saya serah kepada Allah kerana janji Allah, doa insan teraniaya pasti akan termakbul.

"Datuk Seri juga cukup penyabar. Mungkin DNA beliau memang begitu. Cakaplah apa sahaja tentang dirinya beliau tidak pernah marah jauh sekali menjerit dan melenting," katanya. 

Sumber: CARI


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xTIzGF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.