Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nabila Razali Sengaja Cipta ‘Drama’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nabila Razali Sengaja Cipta ‘Drama’

PENYANYI dan pelakon Nabila Razali mengakui sengaja mencipta ‘drama’ di laman sosial dengan menulis kapsyen seakan-akan sedang mengenali seseorang.

Menurut Nabila, 25, tujuan dia berbuat demikian bukan kerana inginkan perhatian tetapi untuk memudahkan peminat memahami cerita di sebalik lagu terbarunya iaitu Pematah Hati.

“Sebenarnya saya cuba cipta drama di media sosial untuk bagi orang memahami apabila dengar lagu terbaru, Pematah Hati.

“Apabila mereka baca kapsyen yang saya kongsikan di Instagram, barulah senang untuk mereka tahu cerita di sebalik lagu tersebut,” kata Nabila.

Bagaimanapun, Nabila juga memberitahu bahawa ada beberapa kapsyen yang dikongsikan ada kaitan dengan kisah cintanya yang sudah berakhir beberapa bulan lalu.

“Kebetulan pula saya memang tengah patah hati selepas putus cinta dengan seseorang. Hubungan saya dan dia hanya bertahan selama enam bulan sahaja dan berpisah pada beberapa bulan lalu.

“Memang tidak dinafikan masih lagi terasa sedih tapi tak bermaksud kena meratapi setiap masa. Tapi saya dan dia putus dengan cara baik kerana kami sudah tidak lagi sefahaman,” ujarnya.

Sementara itu, Nabila memberitahu hatinya tidak ada istilah tertutup atau terbuka untuk mana-mana lelaki dekatinya.

Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu Cemburu ini, dia tidak terburu-buru untuk mencari cinta memandangkan dia masih muda.

“Nak cakap serik bercinta tu, rasanya tidaklah tapi buat masa sekarang saya lebih fokus pada karier seni.

“Saya tidak menutup atau membuka pintu untuk sesiapa. Jika jodoh datang, saya tidak menolak. Cuma, saya tidaklah mahu terburu untuk bercinta,” katanya.

The post Nabila Razali Sengaja Cipta ‘Drama’ appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2eWcc6t

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.