Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dato Vida umum kerjasama dengan Louis Vuitton, cipta sendiri beg tangan LV - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dato Vida umum kerjasama dengan Louis Vuitton, cipta sendiri beg tangan LV

Vida berkata akan membuat rekaan beg tangan yang cantik, jarang ada di pasaran dan unik khusus untuk peminatnya di Asia Tenggara. — Foto oleh Choo Choy May

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman mengumumkan kerjasama beliau dengan jenama terkemuka, Louis Vuitton (LV) untuk menghasilkan produk beg tangan jenama sendiri, iaitu DSV-LV.

Usahawan itu, yang lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida atau DSV, berkata rekaan mengikut tempahan itu akan tersedia untuk pasaran Asia Tenggara menjelang tahun depan.

Vida memiliki lebih 100 beg tangan LV tempahan khusus yang boleh dilihat menerusi gambar di akaun ​​​​​​​Instragram beliau.

“Setengah-setengah pihak menuduh saya menunjuk-nunjuk kekayaan saya, namun sebenarnya, ia adalah bentuk promosi, iklan awal mengenai apa yang akan ada selepas ini.

“Semua orang tahu saya sangat sayangkan beg tangan saya, tetapi saya tidak mempunyai keupayaan untuk menghasilkan produk beg tangan saya sendiri, memandangkan membuat beg tangan bukan kepakaran saya.

“Jadi, setakat ini, ia akan dilaksanakan melalui kerjasama dengan LV,” katanya kepada pemberita Malaysia di sini, selepas temu bual dengan V Radio FM di sini.

Vida berkata, beliau meminati beg tangan yang dihasilkan mengikut tempahan dan edisi ​​​​​​​terhad atas faktor keunikan dan produk itu jarang berada di pasaran, serta mempunyai nilai jualan semula yang tinggi.

“Saya akan membuat rekaan yang cantik, jarang (ada di pasaran) dan unik, khusus untuk peminat saya di Asia Tenggara.

“Beg itu mesti ada ‘bling’ dan bersilang,” katanya semasa temu bual dalam segmen ​​​​​​​Bangun Pagi di stesen radio tersebut.

Vida kini berada di Jakarta untuk mempromosikan lagi produk kosmetiknya di pasaran Indonesia, serta melancarkan buku beliau di Pesta Buku Antarabangsa Indonesia esok.

Buku beliau, I AM ME: Rahsia Niaga DS Vida yang diterbitkan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) itu juga boleh didapati secara dalam talian di laman web ITBM, itbm.com.my. — Bernama

Sumber: Projek MMO



Sumber Dato Vida umum kerjasama dengan Louis Vuitton, cipta sendiri beg tangan LV

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xkfd8o

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.