Hi! Welcome Back and Stay Tune! Empat pendaki diugut rogol sebelum disamun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Empat pendaki diugut rogol sebelum disamun

 Empat pendaki wanita berdepan detik menakutkan apabila mereka diugut akan dibunuh dan dirogol sebelum disamun dua lelaki di puncak Bukit Keluang, di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira -kira jam 2.30 petang  itu, seorang suri rumah berusia 55 tahun dari Pasir Mas, Kelantan bersama seorang anak perempuannya berusia 31 dan dua rakan perempuan anaknya berusia 24 dan 39 tahun disamun lelaki bersenjata pisau dan kayu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, mangsa mendaki melalui jalan belakang Bukit Keluang dan sebaik sampai di puncak bukit tiba-tiba muncul dua lelaki menutup muka dengan kain.

Menurutnya, kedua -dua suspek yang memakai seluar pendek tiga suku dan baju tanpa lengan yang masing masing bersenjatakan sebilah pisau dan kayu telah  mengacukan kepada mangsa.

“Suspek telah mengugut akan merogol dan membunuh jika mangsa tidak menyerahkan barang berharga milik mangsa.

“Kerana ketakutan mangsa telah menyerahkan tiga utas rantai tangan emas, seutas rantai leher emas, sebentuk cincin berlian emas, wang tunai RM200 dan tiga unit telefon bimbit,” katanya.

Mohd Zamri berkata, selepas merampas barangan mangsa, suspek telah melarikan diri turun dari puncak Bukit Keluang ke arah pantai peranginan pantai Bukit Keluang.

Menurutnya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan kemudian membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja untuk tindakan lanjut.

“Polis memandang serius kejadian itu kerana ia berlaku di tempat rekreasi yang sering menjadi tumpuan orang ramai khususnya pada hujung minggu dan musim cuti.

“Sehubungan itu polis menasihatkan pendaki terutama di kalangan wanita agar berhati-hati dan sebaiknya ditemani kenalan lelaki serta naik  secara berkumpulan,” katanya.

Mohd Zamri berkata, polis juga akan melakukan rondaan dan pemantauan di kawasan tersebut selepas ini bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

Beliau berkata, usaha mengesan suspek sedang giat dilakukan.

The post Empat pendaki diugut rogol sebelum disamun appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xre6kc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.