Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengantin disiasat dera budak gara-gara kerahkan ratusan murid sekolah bawa kain sari panjang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengantin disiasat dera budak gara-gara kerahkan ratusan murid sekolah bawa kain sari panjang

Sepasang pengantin baru disiasat pihak berkuasa kerana mengerahkan ratusan murid sekolah untuk membawa kain sari sepanjang 3.2 kilometer ketika majlis perkahwinan mereka, Khamis lalu.

Kira-kira 250 murid sekolah kerajaan beratur memegang kain sari dipakai pengantin perempuan berkenaan ketika mereka berjalan di sebatang laluan utama di Kandy, lapor media tempatan.

Seramai 100 lagi murid menjadi gadis pembawa bunga pada majlis berkenaan.

Media tempatan turut melaporkan sari berkenaan memecah rekod sebagai yang terpanjang dipakai seorang pengantin di Sri Lanka.

Pihak Berkuasa Perlindungan Kanak-kanak Kebangsaan (NCPA) berkata, ia menyiasat kejadian itu.

Pengerusinya Marini de Livera berkata: “Kami memandang serius perkara ini dan lebih penting lagi, tidak mahu ia menjadi satu ikutan.

“Perbuatan mereka menggugat hak kanak-kanak. Menghalang kanak-kanak daripada pembelajaran, meletakkan diri mereka dalam bahaya dan menggugat maruah mereka – semua itu perbuatan jenayah.

“Tindakan mengerahkan pelajar untuk majlis seumpama itu ketika waktu sekolah menyalahi undang-undang dan pesalah boleh dipenjara sehingga 10 tahun.”

Kesatuan guru turut mengecam acara itu, dilaporkan usaha pengantin perempuan terbabit untuk mencipta rekod dunia Guinness baru.

Pengantin terbabit memakai sari itu dan dibawa ke lokasi berkenaan menaiki trak sebelum dia keluar dengan kanak-kanak membantunya memastikan kainnya tidak mencecah lantai.

Sumber: Harian Metro



Sumber Pengantin disiasat dera budak gara-gara kerahkan ratusan murid sekolah bawa kain sari panjang

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jTEsIM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.