Hi! Welcome Back and Stay Tune! 3 Hari Selepas Dikebumikan Kakak Bermimpi Arwah adik Suruh Gali Kubur Amat Menyeramkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

3 Hari Selepas Dikebumikan Kakak Bermimpi Arwah adik Suruh Gali Kubur Amat Menyeramkan


Samar (Filipina): Pada tanggal September 1981, Guillermo Jacobe telah didapati meninggal dunia selepas dirawat pada tiga hari di hospital kerana komplikasi usus.

Tiga hari kemudian, selepas semua ritual itu dilakukan mayat Guillermo sudah ditanam seperti yang sepatutnya.

Beberapa malam kemudian kakak Guillermo, Remedios Tagana, 55, bermimpi si mati terbabit meminta digali semula dengan secepat yang mungkin kerana dia masih hidup.

Dia telah menceritakan tentang mimpi tersebut kepada bapanya, Francisco Jacobe, 92, tetapi enggan mempercayainya.

Malam berikutnya Remedion telah bermimpi perkara yang sama sekali lagi dan itu juga mendorong mereka sekeluarga menggali semula kubur berkenaan pada November 1981.

Mereka terkejut apabila mendapati mayat Guillermo tidak banyak yang berubah.

Keranda itu juga dibawa pulang untuk membolehkan mayat Guillermo dibersihkan dan ketika itulah ibunya, Illuminada, 77, mendapati tubuh pemuda terbabit seperti orang berpeluh.


Kata Illuminada, sejak itu mereka menyimpan tubuh Guillermo di rumah dan dia menukar pakaian anaknya pada setiap hari Ahad.

“Pada ketika tertentu sahaja, saya berbual dengan dia, terutamanya ketika badan saya berasa sakit.

“Nampaknya kesakitan itu hilang selepas beberapa jam kemudian,” katanya.

Lebih menarik lagi, Guillermo juga dilaporkan boleh’ menyembuhkan penyakit orang lain.

Sejak dari itu rumah mereka kerap juga dikunjungi oleh orang ramai yang ingin mencuba kemujaraban ‘kuasa’ Guillermo.

Seorang daripada mereka berkata, pesakit hanya perlu berbisik kepada mayat Guillermo berkenaan sakit yang dihidapi.

“Ia akan hilang tidak lama kemudian,” katanya.

Selepas 33 tahun, mayat Guillermo didapati masih utuh dengan bergigi, wajah, kulit, tangan dan salur darahnya juga masih dalam keadaan yang elok.

Keluarga itu juga bersumpah akan tetap menjaga Guillermo sehingga akhir hayat mereka.

Apa-apapun semuanya dari Kekuasaan Tuhan. Benar atau bohong semuanya terserah pada yang esa, kita sebagai manusia jangan terlalu taksub dengan kejadian seperti ini, takut terpesong akidah.

Wallahu alam.


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2g7pvhT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.