Rita mahu hero berumur, enggan lakonan macam ‘ibu dan anak’
KUALA LUMPUR, 21 Okt — Pelakon Rita Rudaini mahu digandingkan dengan pelakon lelaki “sedikit berumur” yang sesuai dengan usianya kini yang mencecah empat dekad dalam drama lakonanya.
Rita, 41, berkata beliau sering bergandingan dengan aktor lelaki muda dan kini mahu mengelak dilihat seperti lakonan “ibu dan anak”, lapor Kosmo!.
“Sebagai pelakon, saya perlu menitikberatkan dengan siapa gandingan saya agar nampak lebih sepadan serta mudah untuk kami mencipta keserasian dalam lakonan.
“Bukan kelak ia kelihatan seperti ibu dan anak. Alhamdulillah, jika difikirkan sehingga kini saya masih diberi watak utama dalam sesebuah tawaran lakonan.
“Hal itu membuatkan saya perlu menjaga kualaiti lakonan dan pelakon yang akan digandingkan bersama,” katanya seperti dilapor akhbar.
Pelakon filem Anak Mami itu kini sedang menjalani penggambaran drama 50 episod bertajuk Seputih Cinta Rangbulan terbitan Global Station Sdn Bhd.
Sumber Rita mahu hero berumur, enggan lakonan macam ‘ibu dan anak’
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yDzBjZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment