Hi! Welcome Back and Stay Tune! Beri rakan kad ATM, jurujual terperangkap kes tipu lebih RM300,000 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Beri rakan kad ATM, jurujual terperangkap kes tipu lebih RM300,000

Seorang bekas jurujual berdepan kerugian lebih RM360,000 selepas rakannya menggunakan kad ATM miliknya dalam sindiket penipuan dalam talian.—Foto AFPSeorang bekas jurujual berdepan kerugian lebih RM360,000 selepas rakannya menggunakan kad ATM miliknya dalam sindiket penipuan dalam talian.—Foto AFP

SEREMBAN, 21 Okt — Seorang bekas jurujual berdepan kerugian lebih RM360,000 selepas rakannya menggunakan kad ATM miliknya untuk sindiket penipuan dalam talian.

Yee Yong Kuan mendakwa dia meminjamkan kad itu kepada rakannya Poon Wei Lun, 27, pada 28 Jun lalu kononnya mahu mengeluarkan gaji yang dimasukkan majikan, lapor Kosmo!.

“Kerana mempercayainya saya memberikan dia satu kad ATM yang jarang digunakan untuk dia mengeluarkan wang gaji yang dimasukkan majikan. Sejak dari itu dia gagal dihubungi,” katanya.

Namun hujung Ogos lalu, dia terkejut apabila polis memaklumkan akaun banknya terlibat dalam penipuan pinjaman wang tidak wujud dalam talian dengan kerugian lebih RM360,000.

Yee bimbang dirinya diburu mangsa penipuan kerana namanya digunakan oleh sidiket itu, ditambah pula sebanyak 26 aduan polis dibuat mangsa terhadapnya di seluruh negara.

Dia membuat laporan polis di balai polis Seremban pada 5 September lalu dan didenda RM8,600 atas tiga pertuduhan oleh sebuah mahkamah di sini, pada keesokannya.

Yee turut mendakwa pernah direman 15 hari di beberapa buah balai polis untuk membantu siasatan kes itu dan bakal berdepan 25 lagi kes sama selepas ini.



Sumber Beri rakan kad ATM, jurujual terperangkap kes tipu lebih RM300,000

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gskxMk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.