Cinta Ditolak, Lelaki Toreh Muka Remaja 17 Tahun
BERANG selepas cinta tidak diterima, seorang lelaki sanggup memaksa remaja perempuan melakukan hubungan seks sebelum bertindak kejam menoreh muka mangsa.
Dalam kejadian di Kampung Melayu Medan, Indonesia baru-baru ini, mangsa yang berusia 17 tahun berkenaan dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah daripada sekolah.
Mangsa yang dikenali sebagai Nadya berkata dia telah diculik dan dibawa ke sebuah rumah kosong berhampiran dengan kawasan kejadian oleh suspek.
Setibanya di kawasan berkenaan, suspek yang juga merupakan suami kepada jirannya sendiri kemudian telah memaksa mangsa untuk melakukan hubungan seks tetapi remaja tersebut tidak mahu dan menghalangnya.
Namun, tindakan mangsa yang menolak menyebabkan suspek berang dan bertindak melampau menoreh muka remaja berkenaan.
“Saya dibawa ke rumah kosong,dan sempat dipaksa melakukan hubungan intim tapi saya melawan dia tiba-tiba marah dan memukul serta menoreh muka saya,” katanya dipetik sebuah portal online.
Lebih memilukan, gadis malang itu dicampak dan ditinggalkan bersendirian di tepi jalan selepas berbuat demikian.
Sementara itu, ibu mangsa memberitahu hubungan suspek dengan mangsa cukup akrab sehingga gadis berkenaan sudah menganggap lelaki berkenaan sebagai abang kandung sendiri.
“Nadya pernah memberitahu saya bahawa suspek pernah meluahkan perasaannya, namun anak saya menolak secara baik dan menganggap dia hanya sebagai seorang abang,” ujar ibu kepada mangsa.
Difahamkan, mangsa kini masih menjalani rawatan di sebuah hospital dan disahkan hampir buta akibat kecederaan teruk yang dialami olehnya pada bahagian mata. – MYNEWSHUB.CC/AM
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xV4gG9
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment