Hi! Welcome Back and Stay Tune! Indah Ruhaila Dedah Juara AF Megastar Pilihan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Indah Ruhaila Dedah Juara AF Megastar Pilihan

indah ruhaila dedah juara af megastar pilihan 1

Kredit foto: Instagram Indah Ruhaila

Penyanyi Indah Ruhaila mahu sahabat baiknya, Idayu menjadi juara rancangan realiti AF Megastar.

Indah dalam kenyataan terbarunya melahirkan perasaan kagum dengan persembahan konsisten setiap minggu penyanyi berkenaan, termasuk auranya sebagai seorang juara.

"Kalau boleh, saya nak lihat peserta perempuan menjadi juara dan orang itu sudah semestinya Idayu yang saya anggap sebagai kakak.

"Saya rasa, dia paling layak, terutama dari sudut vokal dan persembahan. Idayu juga peserta yang berkeyakinan dan memiliki aura untuk menjadi seorang juara," katanya memetik laporan portal BH Online.

Indah ditemui di Majlis Sidang Media Kuala Lumpur Wedding Festival.

Penyanyi itu hadir untuk menggayakan busana perkahwinan pereka fesyen Rico Rinaldi.

Antara kelibat lain yang kelihatan termasuk aktres Ruhainies dan Serina Redzuawan; wakil penganjur, Ketua Pegawai Eksekutif Terra Juta, Shamsul Amir bersama nama-nama terkemuka dalam industri fesyen termasuk Rizman Ruzaini serta Azura Mazaruddin.

Sementara itu, Indah yang juga peserta AF Megastar tersingkir di minggu suku akhir itu mengakui dia adalah peminat Idayu sejak Akademi Fantasia Musim Ketiga lagi.

Kerinduannya terhadap vokal wanita itu terubat apabila penyanyi berusia 32 tahun itu membuat kemunculan semula di Konsert Homecoming AF Megastar menyanyikan lagu Hurts.

indah ruhaila dedah juara af megastar pilihan 2

Kredit foto: Instagram Indah Ruhaila

"Sudah lama tidak melihat dia menyanyi dan sebaik saja menonton persembahannya malam itu, saya jadi terpegun. Sepanjang mengenalinya di AF Megastar, dia seorang yang tidak lokek ilmu dan selalu memberikan bimbingan kepada saya," katanya.

Pada Konsert Akhir AF Megastar yang bakal berlangsung Ahad ini menyaksikan Idayu dicabar oleh empat finalis lain iaitu Marsha, Syamel, Bob dan Shahir bagi merebut gelaran juara.

Sumber berita: BH Online


✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2l6Vpju

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.